Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Thursday, 23 May 2013

Kursus Pra Perkahwinan Selangor 2013

Kepada pasangan yang dah ade awek tu,,sila hadiri kursus perkahwinan..untuk menjaga perhubungan agar kekal berpanjangan..umur kita belum tentu panjang..elok2lah tinggalkan waris awal2 ....heheheh
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Jadual Kursus Pra Perkahwinan Terengganu 2013










Jadual Kursus Perkahwinan Negeri Terengganu 2013..so sape2 pasangan yang ade rasa nak kahwin tu elok lah hadiri kursu kahwin awl2 yer...nnt tak la gelabah last2 minit..




Kelebihan surah Al-Kahfi

10 AYAT SURAH AL-KAHFI - Pelindungan Daripada Fitnah Dajjal


10 AYAT SURAH AL-KAHFI
- Untuk Mohon Pelindungan Allah SWT Daripada Fitnah Dajjal
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Petua Merawat Resdung


Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Tanda-Tanda Menghidap Resdung
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya



Punca Resdung

  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 

Wednesday, 22 May 2013

Arah Kiblat


 

Arah khiblat di Malaysia dapat ditentukan pada petang hari Khamis, 16 Julai 2009 khususnya pada jam 5.28 petang Malaysia. Hari Jumaat 17 Julai 2009 masih tidak jauh berubah. Ini kerana pada jam 5.28 petang, matahari tepat berada di atas kaabah, Mekah, Arab Saudi. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said

Pada 27 Mei 2007, umat Islam boleh menentukan arah kiblat yang betul pada pukul 5.18 petang Isnin kerana ketika itu matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah.Pensyarah di Jabatan Fiqh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi menyatakan orang ramai dan pihak masjid juga dapat memeriksa semula arah kiblat di tempat masing-masing.

Tuesday, 21 May 2013

Whatapps PLUS





Whatapps adalah satu applikasi yang semakin meluas penggunaannya..boleh dikatakan kebanyakan penguna telefon mudah alih menggunakan aplikasi ini.kebanyakan dari pada pengguna android dan iphone akan download terus dari google play @ apps store..kini telah terdapat satu version whatapps + dimana pengguna boleh costum setting whatapps mengikut kehendak pengguna sendiri
dibawah terdapat beberapa screen shot untuk paparan pengguna

Apa Maksud Jazakallahu Khair?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Telah bertanya Akhuna Afiq Nazmi kepada saya :
Salam..zaim, apa maksud Jazakallahu khairan kathira? Apa maksud jazakallah khair?
Saya cuba menjawab insyaAllah :

1. Secara bahasanya,

Jazaka : Dia ganjarkan kepada kamu
Allahu : yakni Allah swt
Khairan : Kebaikan
Kasiran [bila waqaf, jadi kasira] : Sebanyak-banyaknya

Pengurusan Sistem Pepejal




Baru -baru ni aku aku 'terbuka' satu web site..hehehe...al maklumlah tak pernah ambik pusing bnde2 cam ni..kebanyakkan kalo tau pon melalui media masa.satu web ni telah menerangkan bagai mana menguruskan sistem pepejal dirumah secara lebih effektif disamping menjaga alam sekitar..Kadang kala kita ni leka..kadang kala kita ni lupa..dengan adenya web sebegini kita dapat menigkatkan kesedaran kita tentang penjagaan alam sekitar.

info lanjut klik sini

Tuesday, 14 May 2013

MLX01-1 : Keretapi Terpantas Dunia


Keretapi Magnetic Levitation (apungan magnetik) ialah teknologi yang sudah wujud sejak penghujung 60an. Jepun sudah menjalankan eksperimen mengasilkan keretapai Maglev secara aktif sejak 1968. Setakat ini mereka sudah menghasilkan 12 keretapi MagLev yang setiap satunya memberikan pembaharuan teknologi dan medekatkan kebarangkalian keretapi MagLev sebagai pengangkutan awam menjadi realiti. MLX01-1 yang dibina oleh Central Japan Railway Company dan Railway Technical Research Institute ialah pemegang rekod keretapi terpantas dunia dengan kejuan 581 kilometer sejam. Rekod ini dicatatkan pada tahun 2003. Kejayaan MLX01-1 mengesyorkan kerajaan Jepun bahawa teknologi MagLev akhirnya sudah cukup matang dan selamat untuk digunakan secara meluas. Sekarang 14 gerabak keretapi MagLev L0 Series Shinkansen sedang dibina Mitsubishi Heavy Industries bagi kegunaan laluan Chūō Shinkansen yang bakal menyambungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka. L0 Series Shinkansen akan berfungsi pada kelajuan 500 kilometer sejam! Jepun memang padu!



Sony Xperia ZR : Sebuah Lagi Telefon Kalis Air

Kami pernah mengulas Sony Xperia Z di AMANZ.MY beberapa bulan yang lalu. Kami sukakan peranti Android Sony ini kerana ianya tahan debu dan air. Semasa kami bercuti di Phuket kami gunakan Xperia Z untuk ambil gambar ketika menyelam dan berenang dalam laut. Good phone tetapi ada satu fatal flaw. Apabila di dalam air butang kapasitif sesentuh yang digunakan untuk menangkap gambar tidak berapa responsif. Sony Xperia ZR nampaknya menyelesaikan masalah ini dengan meletakkan butang kamera khas untuk mengambil gambar dan video. Seperti Xperia Z, Xperia ZR diperkasakan pemproses 1.5 GHZ Empat Teras, RAM 2 GB , kamera 13.1 Megapixels dan menggunakan Android Jelly Bean. Skrin ZR hanya sebesar 4.5 inci dan tidak HD Penuh seperti Z. You win some you lose some. Yang pasti peranti pintar ini mempunyai rekaan ergonomik dan mesra pengguna seperti Xperia Z. Looks nice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...