Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....
Showing posts with label layan jer... Show all posts
Showing posts with label layan jer... Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

-- oleh Ahmad Yusdirman


Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat.

Sejarah


Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan kemudian senyap pada tahun 1967. Rokok elektronik yang pertama digunakan pada masa kini berasal daripada ciptaan ahli farmasi dari negara Cina, Hon Lik pada tahun 2003, yang mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair propylene glycol. Wap ini sebagai agen pembawa nikotin yang disedut kedalam paru-paru dan kemudiannya masuk kedalam aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok tanpa perlu menyedut asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya lain.


Berhenti Merokok

Tujuan e-rokok dicipta adalah untuk menggantikan rokok setelah ayah Hon Lik meninggal akibat kanser paru-paru kerana terlalu kuat merokok. Berikut adalah kajian penggunaan e-rokok yang dilakukan terhadap perokok.

Monday, 21 January 2013

La Distributrice : Kafe Kopi Comel Di Kanada

La Distributrice ialah kedai kop yang dibuka di bawah sebuah  tangga di bandar Montreal Kanada. Kedai kopi ini hanya menjual 3 jenis kopi iaitu American, Expresso dan Latte. Ia merupakan kedai kopi terkecil di Amerika Utara. Cool idea.




Laporan asal Die Line

Tuesday, 23 October 2012

star wars versi wayang kulit...

Peperangan Angkasa ialah dua keping patung wayang kulit yang kelihatan seperti dua watak utama filem Star Wars. Ianya dihasilkan oleh Tintoy Chuo dan Teh Take Huat.Patung wayang kulit Maharaja Dah Vedeh dan Perantau Langit ini menggabungkan elemen barat Star Wars dengan rekaan tradisi wayang kulit Kelantan. Dalam Peperangan Bintang Darth Vader ialah watak antagonis Maharaja Rawana tradisional manakala Luke Skywalker ialah watak protagonis Seri Rama. 

Tintoy dan Take Huat memdapatkan kerjasama dan izin dari tok dalang terkemuka  Che Mohd Nasir sebelum memulakan projek mash up SCI-Fi + Old Skool ini. Mereka bertemu dengan Che Mohd Nasir terlebih dahulu bagi memastikan apa yang mereka lakukan ini tidak akan dianggap sebagai menghina seni wayang kulit turun temurun yang dipercayai muncul di kelantan sekitar kurun ke 17. Che Mohd Nasir atau lebih dikenali sebagai Pak Nasir merasakan idea Peperangan Bintang adalah idea yang baik kerana ia mungkin dapat menghidupkan semula minat generasi muda kepada seni yang semakin dipinggarkan ini. Syarat yang diberikan oleh Pak Nasir ialah seni wayang kulit Peperangan Bintang tidak memasukkan unsur lucah dan seksual kerana ini bertentangan dengan tradisi wayang kulit.

Tuesday, 16 October 2012

Kenapa Melayu Ketinggalan dari semua aspek???

sambil-sambil meng'google' terjumpa satu artikel yang agak menarik perhatian aku...memang ade kebenaran dan kesahihan..bagi aku...kalo org lain tak tau la...aper-aper pon meh aku kongsikan artikel yang disedut dari yang menyedut..hahahhaah


=====>>>>>>

UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.

Saya nukil:

After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.

The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the
colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid
economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the
1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However,
despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.

Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as
indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Sunday, 14 October 2012

life photo...

ari ni terasa nak buat post ttg real photo yang agak menarik minat aku..walaupon aku ni kurang mahir ttg art..tp art adalah salah satu faveret aku..heheheh..terutama pix cam gini..





Sunday, 7 October 2012

animasi memecah kesunyian pagi

pagi-pagi ketika mata masih layan ngantuk tetiba rasa nak buka satu blog yg dh lama aku tak buka..walaupon blog ini lebih 'freedoom' dari segini penulisanya..itu blog dia..itu hak dia..dia yang bayar internet..dia yg beli notebook..dia yang berjam2 menulis dalam blog...so xde pont kita nak halang seseorang blogger untuk terus menulis dalam blog sendiri..blogger jga ade hak untuk suarakan kekesalan,ketidakpuasan hati,kejayaan,kegembiraan menerusi blog mereka...aku no hal..layan jer...meh kita singgah jap ke blog beliau dan sedu pic-pic yang menarik...heheheheh

Politik Mak Tik


Semua orang mau jadi adiwira

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...