| Bab bersedekah untuk ibu yang meninggal |
| عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلا أَتَى النَّبِى صلعم فَقَالَ يَارَسُولَ اللهِ |
| اِنَّ أُمِّى افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ وَاَظُنُّهَا لَوْ تَلَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ |
| اَفَلَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ |
| Dari Aisyah r.a. (menceritakan) |
| "Bahawa ada seorang lelaki menemui Nabi .s.a.w. dan menanyakan : "Ya Rasulullah! |
| Sesungguhnya ibu saya meninggal dengan tiba-tiba dan dia tiada berwasiat. |
| Saya menduga kalau dia bisa berbicara tentu dia akan bersedekah. |
| Apakah dia akan memperoleh pahala, kalau saya menggantikannya?" |
| Nabi menjawab : "Ya (memperolehi pahala)". |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
| Bab menjaga lidah dan tangan |
| عَنْ عَبْدِاللهِ بْن عَمْرٍ وبْنِ الْعَاصِ يَقُولُ |
| أَنَّ رَجُلا سأَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
| أَىُ الْمُسُلِمِيْنَ خَيْرٌ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ |
| مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ |
| Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash, katanya : |
| "Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : |
| "Ialah kaum Muslimin yang terhindar dari bencana lidah dan tangannya." |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
Mulakan dengan.....
Showing posts with label learning session. Show all posts
Showing posts with label learning session. Show all posts
Tuesday, 10 December 2013
Hadith : akhlak
Labels:
agamku
,
learning session
Surah Al-Kauthar part 1
TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR
(KEBAIKAN YANG BANYAK)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)
2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur)
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya)
KETERANGAN SURAH AL KAUTSAR
Surah Al Kautsar bererti kebaikan yang banyak dan merupakan surah yang 108 di dalam Al Quran. Mengandungi tiga ayat sahaja. Ia dinamakan Al Kautsar kerana Allah swt telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad dengan kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat.
Labels:
agamaku
,
learning session
Surah AL-Kauthar part 2
![]() |
Surah al-Kauthar dan Bid'ah
Assalamualaikum,
Apabila kita membincangka isu 'bid'ah' kita tidak terlepas dari meneliti ketetapan Allah (a.w) dalam Surah al-Kauthar.
Malangnya ramai para ulama' dan ilmuwan Islam yg meringankan ketetapan
Surah tersebut apabila mereka mentafsirkan atau menterjemahkannya.
Sebenarnya, Rasulallah (s.a.w) telahpun mentafsirkan Surah tersebut
dalam as-Sunnah. Kita turunkan di bawah ini, ketetapan as-Sunnah tentang
al-Kauthar itu.
Labels:
agamaku
,
hadith
,
learning session
Tuesday, 21 May 2013
Apa Maksud Jazakallahu Khair?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
![]() |
Telah bertanya Akhuna Afiq Nazmi kepada saya :
Salam..zaim, apa maksud Jazakallahu khairan kathira? Apa maksud jazakallah khair?Saya cuba menjawab insyaAllah :
1. Secara bahasanya,
Jazaka : Dia ganjarkan kepada kamu
Allahu : yakni Allah swt
Khairan : Kebaikan
Kasiran [bila waqaf, jadi kasira] : Sebanyak-banyaknya
Labels:
agamaku
,
informasi
,
information
,
learning session
,
off topic
Thursday, 2 May 2013
Kembara Umrah - Mekkah Mukarramah - Part 3
Sedikit kenangan untuk perkongsian rakan2..tiada ape yang nak diceritakan..ibadah..hanya diri sendiri dan Allah mengetahui..
Labels:
agamaku
,
informasi
,
information
,
kembara
,
learning session
Tuesday, 12 February 2013
DIY- yagi menggunakan pita pengukur
| ukuran yagi |
Gambar diatas ini menunjukkan cara melekatkan pita aluminium itu. Velcro tape digunakan untuk memudahkan menyimpan antena.
Rajah dan gambar di atas menunjukkan cara mamateri pita aluminium itu. Perhatikan ada loop di bahagian atas yang diperbuat daripada pin rambut atau pun dawai tembaga (panjangnya 5 inci).
Gambar di atas menunjukkan 7 liltan kabel pada batang antena (boom) yang dapat menjadi fungsi 'balun'.
rujukan
Labels:
DIY
,
learning session
,
tutorial
Portable Radio
disedut dari 9W2GGB
Di sini saya telah memasang dengan jayanya 1 set radio Yeasu FT8800 ke dalam sebuah kotak electik yang diperbuat dari besi . Kegunaannya agak luas memandangkan ianya mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana terutama semasa bencana alam. Harap Idea ini boleh dikongsi Bersama Rakan- Rakan.
Bahan-bahan kegunaan : 1) Radio Yeasu FT8800, 2) Kotak Elektrik ( Besi ) dibeli di kedai Elektrik, 3) Tranfomer , 4) Cable RG 58 1/4 Lamda, 5) MR-591CR Female Crimp Jet, 6)MR-587 Male Twist On Jet, 7) Fan elektronik 2", 8) Speaker 4", 9) Bateri 12V 7.2Amp.
Labels:
DIY
,
learning session
,
tutorial
Monday, 11 February 2013
Update TYT TH-2R
assalamualaikum...
baru-baru ramai yang menyakan aku bagai mana untuk menukar freq model ini kepada freq v200,v300 dan v400.terdapat beberapa langkah yang agak panjang jugak untuk dilakukan untuk menukar mode freq handy tersebut.
ok..kat bawah ni aku kongsikan cara- untuk menukar mode asal handy model ini(v100) kepada mode v200,v300 dan u400..mungkin sesetengah penjual taknak ajar benda ni.takper aku sudi ajar korang..ilmu ni..kalo tak dikongsi nnt berkarat..heheheheh
enjoy!!
baru-baru ramai yang menyakan aku bagai mana untuk menukar freq model ini kepada freq v200,v300 dan v400.terdapat beberapa langkah yang agak panjang jugak untuk dilakukan untuk menukar mode freq handy tersebut.
ok..kat bawah ni aku kongsikan cara- untuk menukar mode asal handy model ini(v100) kepada mode v200,v300 dan u400..mungkin sesetengah penjual taknak ajar benda ni.takper aku sudi ajar korang..ilmu ni..kalo tak dikongsi nnt berkarat..heheheheh
enjoy!!
| TYT TH-2R |
Labels:
informasi
,
information
,
learning session
,
tutorial
Monday, 4 February 2013
M-Umrah for android
assalamualaikum..ari ni aku nak kongsikan satu aplikasi android yang mungkin banyak gunanya..sebenarnya aku jumpa apps ni secara tak sengaja..bile dah install aku pon google semua yg ade kat dalam tu..fuhh..agak lengkap..boleh dijadikan panduan untuk jemaah Umrah..lengkap dengan penerangan,tips,ayat-ayat.doa-doa..dan yang paling best disertakan bersama dengan audio doa...maksudnya sambil2 buat kerja lain boleh dengan doa2 tersebut..semua penerangan dalam bahasa Melayu.dan mungkin ade sesetengah data masih tak cukup..apa2 pon teruskan update apps ni..banyak pahala dapat wooooo....
kat bawah ni aku sedut penerangan dari owner apps..from USM...nice...enjoy!!
| M-Umrah |
kat bawah ni aku sedut penerangan dari owner apps..from USM...nice...enjoy!!
Labels:
informasi
,
learning session
,
technology
,
tutorial
Saturday, 5 January 2013
Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Labels:
agamaku
,
doa amalan
,
information
,
learning session
Sunday, 30 December 2012
SIRI BONGKAR : TOK JANGGUT 2
SEJARAH YANG KITA KETAHUI
Haji Mat Hassan bin Panglima Munas @ Tok Janggut, telah
menawan Pasir Puteh dan telah memaksa Encik Latif meminta bantuan askar
tambahan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekut. Maka pada 6 Mei 1915, satu
pasukan yang dianggotai oleh 200 askar (lebih kurang) berserta senjata berat
telah dihantar ke Pasir Puteh.
Maka berlakulah peperangan yang hebat di Kampung Merbuk dan
Kampung Pupoh pada 25 Mei 1915.
Tercatat dalam Sejarah Malaysia bahawa Tok Janggut telah
gugur dalam pertempuran ini. Mayat beliau telah dibawa ke Kota Bharu dan di arak
seluruh bandar dan jenazah beliau telah di gantung secara terbalik di padang bank, setelah seminggu ia
dikuburkan di Pasir Pekan. (sila rujuk disini untuk paparan bergambar jenazahTok Janggut)
Begitulah fakta yang tercatat dalam Sejarah Malaysia dan
ianya telah diterima pakai dalam silibus pengajian sejarah peringkat sekolah
rendah dan menengah.
Labels:
information
,
kebenaran yang digelapkan
,
learning session
,
pendedahan
SIRI BONGKAR : TOK JANGGUT 1
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana kami berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu kisah yang sedia maklum, iaitu kisah Tok Janggut.
Tok Janggut atau nama asalnya adalah Haji Mat Hassan bin Munas telah bangkit memperjuangkan nasib rakyat Pasir Puteh pada tahun 1915 dan terkorban dalam peperangan yang berlaku pada tahun tersebut.
Setelah itu, pelbagai versi tentang Tok Janggut yang dikatakan kebal dan sukar untuk ditewaskan, namun ketika itu beliau dianggap sebagai petualang dan penderhaka serta pemberontak oleh kerajaan yang dibayangi oleh British.
Labels:
information
,
kebenaran yang digelapkan
,
learning session
,
pendedahan
Wednesday, 24 October 2012
bagaimana mengerjakan sujud sahwi
TATACARA PERLAKSANAAN
SUJUD SAHWI
SUJUD SAHWI
Maksud perkataan sahwi dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah:
Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat yang disebabkan kerana lupa.[1]
Labels:
agamaku
,
information
,
learning session
Tuesday, 23 October 2012
mari belajar tentang angin ahmar..
stroke atau angin ahmar sering menyerang rakyat marhain sekarang ni..macam-macma langkah diambil untuk mengelak berlakunya angin ahmar ini..tp ia masih juga menyerang rakyat...ape2 pon kita kena sedar..semua ini adalah dengan kehendakNYA...
Labels:
information
,
learning session
,
off topic
,
ye ker ni?
Sunday, 14 October 2012
Wednesday, 10 October 2012
Bacaan doa Ketika Mengandung
![]() |
| semoga dapat diamalkan oleh ibu-ibu mengandung agar anak dalam kandungan menjadi anak yang soleh dan solehah |
Labels:
agamaku
,
learning session
,
off topic
,
tutorial
Kelebihan ayat Ruqyah
Kelebihan ayat Ruqyah,Amalkan ayat ruqyah berikut setiap hari selepas
subuh dan Maghrib, baik juga sebagai wirid harian. Selepas Isyak baca
Ratib Al Haddad. Setiap lepas subuh juga dan Asar, baca Wirdul Latif.
Website Ratib Al Haddad dan Wirdul Latif dibawah ini: http://www.alhawi.net/
Labels:
agamaku
,
information
,
learning session
,
off topic
Tuesday, 14 August 2012
KISAH KIYAI DAN PEMUDA
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir
sejauh itu?
Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda: Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki
maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
Labels:
agamaku
,
information
,
learning session
Friday, 10 August 2012
Text Solat Jumaat 10 Ogos 2012
Kita sekarang berada di fasa terakhir bulan ramadhan.pada malam 10 terakhir inilah kita mencari lailatul qadar dan melipat gandakan amal ibadat kita
Labels:
agamaku
,
information
,
learning session
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)







