JERSI KELANTAN 2013 DILANCARKAN
| Pastinya penyokong mati keras (Die Hard Fan) The Red Warriors
ternanti-nantikan untuk memiliki kit jersi terbaru Kelantan 2013.
Pada hari semalam (Khamis), Presiden
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (tengah)
bersama sebahagian pemain dan penaja pada Majlis Pelancaran Jersi dan
Barangan Rasmi The Red Warriors serta Pengumuman Penaja musim 2013.
Semoga tahun 2013 akan membawa tuah buat
pasukan Kelantan dalam mengharungi cabaran Liga Malaysia yang bakal
bermula kelak. Gomo Klate Gomo!!!ni merupakan jersi rasmi untuk pasukan Kelantan FA bagi musim 2013/2014.ada yang cakap tak menarik kerana terlalu banyak logo daripada penaja, macam papan iklan katanya..hikhikhik
alahh dulu pun orang cakap jersi Kelantan tak menarik jugak tapi sana sani orang pakai..huhu...comel dooh doh tuh,
Khairul Fahmi, Daudsu, Lek Kcira, Nik Shahrul Azim dan Zairul Fitree
Ishak menggayakan jersi The Red Warriors 2013 pada Majlis Pelancaran
Jersi dan Barangan Rasmi Pasukan serta pengumuman penaja yang
berlangsung di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu