Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....
Showing posts with label hmmm. Show all posts
Showing posts with label hmmm. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

-- oleh Ahmad Yusdirman


Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat.

Sejarah


Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan kemudian senyap pada tahun 1967. Rokok elektronik yang pertama digunakan pada masa kini berasal daripada ciptaan ahli farmasi dari negara Cina, Hon Lik pada tahun 2003, yang mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair propylene glycol. Wap ini sebagai agen pembawa nikotin yang disedut kedalam paru-paru dan kemudiannya masuk kedalam aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok tanpa perlu menyedut asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya lain.


Berhenti Merokok

Tujuan e-rokok dicipta adalah untuk menggantikan rokok setelah ayah Hon Lik meninggal akibat kanser paru-paru kerana terlalu kuat merokok. Berikut adalah kajian penggunaan e-rokok yang dilakukan terhadap perokok.

Wednesday, 28 November 2012

Malaysia Vs Singapura 0- 3...Harimau Malaya tersungkur di kandang sendiri...

 

hmmmmm...melihatkan aksi anak-anak buah K.Rajagopal ketika melayan Singapura membuat aku terfikir....inikah dinamakan pemain negara???Hanya ini sahaja standard Pemain Malaysia??sorry to say...kalau nak kira Rangking MALAYSIA dengan juara liga super(KELANTAN)..memang jauh berbeza..corak permainan..dari segi corak serangan,pertahanan dan taktikal...sudah sewajarnya Kelantan akan lebih dikenali dari Malaysia...maaf jika ade yang terasa..tapi itu adelah hakikatnya...kenapa masih lagi menegakkan benang yang basah..

Malaysia Vs Laos 4-1

 


Alhamdulillah kemanangan game semalam berpihak kepada Malaysia,Walaupun menjaringkan gol awal tapi nasib menyebelahi Laos apabia dapat menyamakan kedudukan..ketumpulan barisan serangan menburu jaringan gol menjadi persoalan.mungkin nasib tidak menyebelahi 2 penyerang kebangsaan..disampaing banyak cubaan kearah pintu gol laan dan gerakan-gerakan yang mengucar kacirkan kubu lawan nasib tidak menyebelahi Malaysia..Jika dilihat pada kesebelasan pemain skuad kebangsaan semalam.skuad negara semalam menurunkan shakir shaari sebagai defensive midfielder ,dapat dilihat gabungan 2 pemain safiq dan shakir dapat mengemudi dan mengawal bahagian tengah dengan baik..ini dapat dilihat jurang perbezaan dan corak permainan ketika menggunakan khidmat amar rohidan..shakir dapat menjalankan tugas dengan baik dapat membantu bahagian pertahanan dan tengah dengan baik..Skuad negara mempunyai sekurang-kurang 8-10 peluang dihadapan gol dan hanya 4 peluang sahaja yang dapat diterjemahkan dengan jaringan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...