Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....
Showing posts with label infromation. Show all posts
Showing posts with label infromation. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Syaitan dan Jin

1.Dari Ibn Masud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang pun dikalangan kamu melainkan bersamanya Qarin dari Jin"Mereka berkata: Engkau juga wahai Rasululah s.a.w. Sabda baginda: "Ya begitu juga aku, melainkan Allah membantu aku ke atasnya lalu ia telah Islam, maka ia tidak menyuruh aku melainkan dengan kebaikan.

2. Dari Abi Said al Khudri r.a berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku melihat kamu sukakan kambing dan kampung. Maka apabila kamu berada di tengah kambing dan kampung kamu, maka kamu azan untuk solat maka angkatlah suramu untuk azan, kerana tidak mendengar panjangnya suara muazzin oleh Jin, manusia dan sesuatu melainkan akan menyaksikaanya pada hari kiamat.

3."Jin itu ada tiga jenis: Jenis yang terbang di udara, jenis ular dan anjing, jenis yang bermukim dan jenis yang berpindah randah"
4.Dari zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s.aw bersabda: "Sesungguhnya tempat ini ada Jin, maka apabila seseorang kamu mendatangi tandas hendaklah berdoa: Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaiton jantan dan betina"

5.Dari Qatadah dari Abdullah bahawa nabi s.a.w bersabda: "jangan seseorang kamu kencing dalam lobang" (muslim dan Nasaie)

6.Hadis Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanan, dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya, kerana syaiton makan dan minum dengan tangan kirinya"
ketika Sabda Rasullullah:



7.Apabila seseorang kamu masuk ke rumahnya, lalu ia menyebut nama Allah Taala ketika memasukinya dan ketika makannya, berkata syaiton: Tiada tempat tinggal untuk kamu wahai syaiton,dan tiada makan. Dan apabila tidak disebut Allah ketika masuk, berkata syaiton: kamu ada tempat tinggal. Dan apabila tidak disebut Allah maka berkata syaiton: Kamu mendapat tempat tinggal dan makanan.
8."Sesungguhnya Jin merasuk manusia dengan sebab syahwat, hawa nafsu dan asyik (syok) sebagaimana berlaku antara sesama manusia. Kadang-kadang Jin dan manusia berkahwin sama, dan melahirkan anak. Ini banyak berlaku".
9.Rasulullah s.a.w bersabda: "Dari Sa’id al Khudri berkata: adalah Rasulullah s.a.w apabila bangun pada waktu malam, lalu memulakan solat, bertakbir dan membaca: (سبحانك اللهم وبحمدك تبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك )kemudian membaca(لا إله إلا الله ) tiga kali kemudian berkata: (أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه“. ) . 
10.mengganggu dalam solat -
Rasulullah bersabda kepada saidina Uthman ibn Abi al ‘Ash ketika saidina Uthman berkata kepadanya: "Sesungguhnya syaiton menghalang antara aku dan solatku dan bacaanku, ia (syaiton) menganggu aku".


Sabda Rasulullah s.a.w :"itulah syaiton yang dipanggil khinzib".Maka apabila engkau merasakannya hendaklah engkau mohon perlindungan kepada Allah darinya dan menghembus kesebelah kirimu tiga kali.
11.Mengganggu dalam mimpi.
Dari Sa’id al Khudri r.a bahawa ia mendengar nabi s.a.w bersabda:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أنه سمع النبي يقول ”إذا رأى أحدكم رؤيا يحبها فإنما هي من الله. فليحمد الله عليها وليحدث بها. فإذا رأى غير ذلك مما يكره فإنما هي من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره“ (أخرجه البخاري)

"apabila seseorang kamu bermimpi mimpi yang ia sukai, maka ia dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya. Maka apabila ia bermimpi selain itu daripada perkara yang ia benci, maka ia hanyalah dari syaiton, maka berlindunglah dari kejahatannya dan ia tidak menyebutkannya kepada seseorang, kerana sesungguhnya ia (mimpi tersebut) tidak akan memudharatkannya" (Bukhari).

 12.Dari Abi Hurairah r.a: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Syaiton mengikat simpul tengkuk seseorang kamu apabila ia tidur dengan tiga simpulan yang ia ikat kepadamu setiap tempat simpulan pada malam yang panjang lalu kamu tertidur. Maka jika ia bangun lalu menyebut Allah terungkai satu simpulannya, maka jika ia berwudhu’ terungkai satu simpulan lagi, dan jika ia sembahyang terungkai satu lagi simpulan, maka dengan itu jadilah ia cergas ceria, jika tidak jadilah ia jiwa yang buruk lagi malas.
13. Was- was
Asal was-was: iaitu gerakan atau suara halus yang tidak disedari, maka hendaklah ia berjaga diri darinya. Ia juga: lemparan yang tersembunyi dalam diri samada dengan suara yang tersembunyi yang tidak didengari melainkan oleh orang yang didatanginya. Adapun tanpa suara sebagaimana syaiton mendatangkan was-was kepada hamba.

 
14. Lupa
Syaiton mendatangkan was-was kepada manusia sebagaiman yang telah lalu. Maka apabila bertambah was-was dari syaiton kepada seorang hamba, lalu akan lupa apa yang diperintahkan oleh tuhannya.


15.Berkata teman nabi Musa kepada Musa a.s:
(al Kahf 63) 
Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.
 
16. meragu-ragukan tauhid.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ”يأتي الشيطان أحدكم فيقول من خلق كذا ومن خلق كذا. حتى يقول من خلق ربك. فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته“ (رواه البخاري).


Dari Abi Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Syaiton mendatangi sesorang kamu, lalu ia berkata siapa yang menciptakan ini, siapa yang menciptakan ini, sehingga ia berkata siapa yang mencipta Tuhan. Maka apabila sampai kepadanya ke peringkat itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah, dan hendaklah ia berhenti. (Bukhari).
 17. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.

Imam Ibn Taimiyah r.h berkata: "sesungguhnya Syaiton adalah asal Jin sebagaimana Adam adalah asal manusia".

Syaiton tidak boleh menguasai hamba-hamba Allah.
Syaiton tidak mempunyai kuasa untuk memaksa manusia kepada kesesatan dan kekufuran dan Allah tidak memberinya kuasa tersebut.


Allah berfirman:
(al Isra’ 65)
65- Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Saba’21)
21- Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Tetapi syaiton menguasai hamba-hamba yang suka mengikutnya.
Allah berfirman:
(al Hijr 42).
42- Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Kemudian selepas itu syaiton berkata kepada hamba-hambanya dan pengikutnya yang membinasakan mereka dan menyesatkan mereka.
(Ibrahim 22)
22- tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu;
(an Nahl 100)
100- Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
18."Sesungguhnya aku benar-benar melihat jin dan Syaiton lari daripada Umar.Dan ini tidaklah dikhususkan kepada saidina Umar sahaja, tetapi kerana kepada sesiapa sahaja yang kuat imannya menetang syaiton.

19."Sesungguhnya mukmin pasti menggenggam umbun-umbun syaitonnya sebagaimana seseorang kamu memegang untanya dalam perjalanannya"

20.Syaiton menguasai mukmin yang berdosa.
Abu al farj Ibn al Jauzi meriwayatkan kepada kita dari Hasan al Basri r.a berkata:
"Ada di sana sebuah pokok yang disembah selain Allah. Datanglah seorang lelaki bekata: "Aku akan potong pokok ini. Maka pergilah ia memotongnya dengan kemarahan kerana Allah. Maka datang Iblis bertemunya dalam rupa manusia, lalu berkata apa yang kamu mahu?. Berkata lelaki itu: Aku hendak memotong pokok yang engkau sembah selain Allah. Berkata Iblis kepadanya: Apabila Engkau tidak menyembahnya, maka apa yang memudharatkan engkau orang yang menyembahnya?, berkata lelaki tersebut: pasti aku akan memotongnya.
Berkata syaiton kepadanya: hendakkah engkau memiliki sesuatu yang lebih baik untukmu? Jangan engkau potongnya dan engkau akan mendapat dua dinar setiap hari diatas bantalmu apabila engkau bangun pagi.


Berkata lelaki tersebut: Dari mana aku akan dapatkannya. Berkata syaiton: Aku berikan untukmu.Maka kembali ia, maka pada waktu pagi dia dapati dua dinar pada bantalnya.
Kemudian pagi berikutnya ia tidak dapati sesuatu, maka pergilah ia dengan marah untuk memotong pokok tersebut.


Lalu syaitan merupakan dirinya, dan berkata: Apakah yang engkau hendak?
Berkata lelaki tersebut: Aku hendak memotong pokok yang disembah selain Allah.
Berkata syaiton: Engkau dusta, Engkau tidak boleh melakukannya.Lalu ia pergi untuk memotongnya, tetapi ia terjatuh. Syaiton mencekiknya hingga hampir ia membunuhnya.
Berkata Syaiton:" Tidakkah engkau mengenali aku? Aku adalah syaiton yang engkau datang kali pertama dengan kemarahan kerana Allah, maka aku tidak boleh mengalahkan engkau, lalu aku perdaya engkau dengan dinar, maka engkau meninggalkannya. Maka ketika engkau datang kerana dua dinar maka aku menewaskan engkau"
 


bagaimana menewaskan syaitan :
  1. memelihara wudhuk sebelum tidur.
  2. memelihara solat witir sebelum tidur.
  3. memelihara membaca ayat kursi sebelum tidur dan selepas setiap solat.
  4. Memelihara tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali selepas setiap solat dan sebelum tidur.
  5. memelihara membaca doa tidur.
  6. (باسمك اللهم وضعت جنبي وبك أرفعه. إن أمسكت نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين)
  7. "Dengan namaMu ya Allah aku letakkan lambungku dan denganMu aku bangun. Sekiranya Engkau genggam jiwaku maka kasihilah ia, dan sekiranya Engkau sambungkan, maka peliharalah sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang solih"
  8. memelihara semua bentuk ketaatan dan mengikhlaskan niat kepada Allah.
  9. Memelihara membaca sebahagian ayat-ayat zikir.
 

Sunday, 26 August 2012

DIY Nixie Tube Clock

The finished DIY Nixie Tube Desk Clock

If you’re a fan of things retro and an electronics do-it-youselfer, this might might be just the thing for you – it’s a kit that lets you built your own clock, that displays the time using wonderfully outdated nixie tubes.
First of all, what are nixie tubes? They were once commonly used for electronic displays, and consist of a gas-filled glass tube, inside of which are nestled ten cathodes, each one formed into a different numeral from 0 to 9. Those cathodes are stacked one on top of the other, any one of which can be made to glow orange when voltage is applied to it. If the selected number is at the bottom of the stack, you can actually see it shining through its unlit bunkmates.
ThinkGeek’s DIY Nixie Tube Desk Clock is a kit that includes all the parts necessary for you to build a nixie tube clock of your own, including vintage unused tubes. It even includes a nice modern microprocessor, in a nod to the whole old-meets-new thing. The kit does require the user to do some soldering, however, plus some basic knowledge of electronics would also likely come in handy.

For people who like the aesthetic but would prefer not to do-it-themselves, ready-made nixie tube clocks are available as oddities from various sources.
The kit is priced at US$149.99.
 source : beli sini
The kit includes vintage unused nixie tubes

ThinkGeek’s DIY Nixie Tube Desk Clock kit lets electronics tinkerers build their own ret...


The parts included in the DIY Nixie Tube Desk Clock kit

Twig : untuk Pengguna iPhone


Twig
Twig is a rather innovative charging cable for your iPhone, iPad or iPod touch that looks to solve your cable clutter problem.  We all use the Apple supplied cable for charging and syncing our devices and the length of it probably means that it gets tangled up in your bag and it all becomes a bit messy. The Twig looks to solve that problem as well as offering a few extra features too.
The Twig is only 4 inches long and has a strong bendable wire skeleton with three legs; this enables it to be bent into shapes like a tripod. You can bend Twig to make an instant wall charger dock, FaceTime tripod or use it for a self-timed photograph; it really is a clever little invention.The video showing how the Twig was developed is especially interesting when you see where the inspiration came from.
The Twig has been developed by Jason Hilbourne who is the founder of 3D Product, a company based in Portland, Oregon. If you want to get an early piece of the action, you can get your hands on one when / if they are released from as little as $18. For the Twig to become a reality however pledges need to reach over $50,000; it currently stands at $22,000 but still has 28 days to go

maklumat lanjut:klik sini

Wednesday, 1 August 2012

Telefon Dan Tablet Mewah Lamborghini

Bangang ialah apabila anda menghasilkan peranti pintar yang ketinggalan zaman. Bahalol ialah apabila peranti pintar ini dijual pada harga yang tidak masuk akal. I am not talking about the 1Malaysia Pad tetapi 3 peranti yang dihasilkan oleh Lamborghini. Mereka mungkin handal menghasilkan kereta lumba tetapi sangat bangang dalam penghasilan peranti pintar. Peranti-peranti di bawah dijual di antara julat harga Ruble 60 000 - 80 000 (RM 5900 - 7800) setiap satu. Kesemuanya menggunakan perisian operasi Android Gingerbread.  Peranti mewah ini kesemuanya disadur dengan emas dan kristal digunakan pada paparan skrin. Ianya hanya dijual untuk pasaran Russia. Thank god






Blackberry Empathy

Blackberry Emphathy ialah sebuah telefon konsep Blackberry yang dihasilkan oleh Kiki Tang dan Daniel Yoon, dua orang pelajar dari Art Center College of Design, California. Blackberry sendiri menaja pertandingan dikalangan pelajar kolej ini untuk mereka telefon Blackberry masa hadapan. Blackberry Emphathy ialah peranti Blackberry yang mempunyai papan kekunci fizikal dibahagian hadapan dan skrin LCD sesentuh pada bahagian belakang. Ini membolehkan pengguna Emphathy menggunakan papan kekunci sesentuh klasik dan skrin LCD moden pada waktu yang sama. Selain daripada itu Emphathy juga didatangi dengan cincin istimewa yang boleh mengambil bacaan biometrik pengguna. Bacaan ini kemudian digunakan bagi meneka mood pengguna pada satu-satu masa. Warna paparan lampu Emphathy akan berubah mengikut mood. Jadi jika anda happy warna Emphathy akan lebih ceria dari ketika anda sedih. Ini sebuah konsep yang cool tetapi kita semua tahu Blackberry is going down!





Shavit : Motosikal Elektrik Dwi Fungsi

Shavit ialah sebuah konsep motosikal elektrik yang dihasilkan oleh Eyal Melnick, seorang pelajar tahun akhir rekaan industri dari Israel. Shavit berbeza dari motosikal elektrik lain kerana ia boleh berubah dari sebuah motosikal lumba menjadi motosikal kegunaan harian melalaui perubahan pada sistem suspensionnya. Shavit dalam bahasa hebrew bermaksud Komet. Jadi bolehlah anda merempit seperti sebuah komet menggunakan Shavit kerana ianya diperkasakan dengan motor elektrik 180 kuasa kuda. Win





Wednesday, 25 July 2012

Handy Kenwood







TH D72A


TH63

HT

THK2AT


TK U100


TH 255A


TH 22A


TK 2000-3000t


THF 7E

TH K4AT


THD 7E


Serba sedikit tentang tok kenali



Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian.
Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.

Tok Kenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali. Di sini saya sentuh sedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama dari lingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi ke Istanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah di dunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda dan Siam. Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegang dalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskan kepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkan perjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakan pembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihad itu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalam disiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah ‘Wali Allah’ dan ‘karamah’ (istilah Melayu: keramat).
Tradisi penulisan para ulama Islam juga banyak menceritakan tentang ‘karamah’ para Wali Allah. Tulisan saya dalam Utusan Malaysia yang telah lalu (133 siri) tentang ‘karamah’ sengaja tidak saya sentuh kerana saya lebih mengutamakan riwayat yang berdasarkan fakta. Oleh kerana ramai yang minta kepada saya supaya menulis tentang karamah yang pernah berlaku pada Tok Kenali maka permintaan itu saya paparkan berdasarkan cerita yang telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sejak tahun 1950-an lagi.
Karamah Tok Kenali
Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.
Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.
Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.
Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.
Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.
Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.
Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.
Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.
Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).
Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.
Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)
Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).
Penulisan
Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.
Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.
Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma’ wal Af’al. Dicetak oleh Mathba’ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

credit : sumber 1  , sumber 2
 

Thursday, 19 July 2012

Hasselblad H4D-40 Edisi Ferrari : DSLRPorn

Adakah anda seorang DSLRfag yang juga merupakan seorang Carfag? Jika jawapan diberikan ialah ABSOFUCKENLUTELY, pihak Hassleblad baru sahaja mengeluarkan Hasselblad H4D-40 Edisi Ferrari. Ianya mempunyai spesifikasi 40 Megapixel dengan lensa 80 mm dan terhadp kepada 499 unit sahaja. Setiap satunya turut disertakan dengan kotak penyimpan dan aksesori ekslusif. Harga seunit kamera ini ialah EURO 21499 (RM 86 509). Damn!






Rangka DSLR Nikon

Dari pandangan luar tak sangka rangka dalaman ataupun chasis DLSR buatan Nikon di bawah adalah sangat kompleks. Kerangka mangnesium yang dikuir oleh mesin CNC dibawah sungguh menakjubkan. Mungkin dengan melihat kerangka Nikon D700, D800 dan D7000 di bawah anda akan lebih appreciate DSLR yang anda gunakan. The sheer amount of enginerring is astounding. Patutlah mahal untuk dihasilkan. Now start using that DSLR dengan betul dan jangan gunakan these engineering marvel untuk self shot dalam tandas awam dengan mulut muncung macam itik serati.





Wacom Cintiq 24HD Touch : Cintiq Dengan Skrin Sesentuh

Tahun ini Wacom mengeluarkan model baru iaitu Wacom Cintiq 24HD Touch dengan sokongan skrin sesentuh ala tablet. Wacom Cintiq 24HD Touch mempunyai resolusi HD Penuh 1980 x 1200 skrin lebar dan mampu memaparkan 1.07 Billion warna ataupun 97% warna yang digunakan oleh produk Adobe. Ia juga didatangi dengan stylus prestasi tinggi Grip Pen yang mampu mengesan 2048 tahap tekanan berbeza bergantung kepada kehendak penggunanya.

Menurut Wacom tablet+skrin rekaan mereka ini mempercepatkan lagi tugas animator, pelukis, pereka grafik dan DevianTARD kerana mampu memudahkan lagi work flow. Sebagai contoh model 3D boleh diputarkan dari dalam perisian MAYA hanya dengan menyentuh skrin. Common tools Photoshop juga boleh dipilih dengan menyentuh side panel tanpa perlu menekan dengan mengunakan stylus seperti sekerarang. Kini Cintiq milik anda boleh digunakan macam iPad ataupun Windows Surface. Ini sebuah lagi evolusi dari Wacom yang sudah menghasilkan model Cintiq sejak 2005. Sebagai bekas penggila kerja grafik kami masih mengumpul duit untuk membeli Wacom Intuous. Nak beli Cintiq ini rasanyakena tunggu dapat satu projek dari Barisan Nasional sebelum pilihanraya baru boleh mampu. HA HA! U ma? Harga saranan Cintiq 24HD Touch ialah USD 3699 (RM 11 679 ) sebuah.





Kudocase : Casing Ipad Dengan Panel Solar

Kudocase ialah sebuah casing yang membolehkan anda mengecas iPad anda dengan menggunakan kuasa solar. Selain daripad itu Kudocase juga dilengkapi dengan bateri 10 000 mAh yang berfungsi sebagai bateri back up sekaligus memanjangkan hayat penggunaan iPad anda. Panel photovoltaic diletakkan pada permukaan penutup Kudocase dan menurut pengeluar anda boleh menggunakan ipad anda selama 10 hari tanpa perlu mengecasnya pada palam kuasa konvensional. Antara fungsi lain Kudocase ialah ia juga boleh mengecas peranti lain milik anda dengan menggunakan kabel USB serta port HDMI bina dalam. Kubocase dijual pada harga USD 190 sebuah. Ini mungkin agak mahal tetapi you have to agree it's kinda awesome.




Jamuan Menyambut Ramadahan Al Mubarak 2012

Pada 18 Julai 2012 ARKb telah mengadakan satu jamuan sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak di Su Tom Yam Jalan Wakaf Stan.Terima Kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis tersebut.Tahniah buat 9W2MDQ dan 9W2MDC yang membuat program adhoc ini.Di bawah ini terdapat beberapa paparan gambar untuk tatapan rakan-rakan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...