Apa itu resdung??
Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Tanda-Tanda Menghidap Resdung
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Punca Resdung
- Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
- Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
- Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
- Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Resdung 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Resdung 2
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
Resdung 3
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Resdung 4
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Resdung 5
Resdung di muka – Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
Resdung 6
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.
Resdung 7
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.
sumber asal : klik sini
No comments :
Post a Comment