Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Sunday, 12 May 2013

Doa yang pendek tapi amat berguna - Amalkan











Doa "Robbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khair"
Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

Thursday, 9 May 2013

Keturunan Rasullullah :: Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki






Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani
Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre

Pendahuluan

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath.
Menzirahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah.

keturunan Rasulullah :: Habib Umar



Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ?
Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.

Thursday, 2 May 2013

Dhab - cicak yang halal dimakan TETAPI tidak digemari oleh Rasullullah


                                               



  • Hadith no. 3598

    Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w pernah ditanya mengenai dhab. Baginda menjawab dengan bersabda: Aku tidak memakannya tetapi aku tidak mengharamkannya. [info]
  • Hadith no. 3603

    Hadis Khalid bin Al-Walid r.a: Sesungguhnya beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (Khalid) dan Ibnu Abbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti Al-Harith dari Najd. Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang juga bertamu di situ berkata: Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu. Mereka lalu mengatakan: Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin Al-Walid bertanya: Haramkah dhab itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid berkata: Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami. [info]
  • Hadith no. 3604

    Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Emak saudaraku Ummu Hufaid telah menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w minyak sapi, keju dan daging dhab. Baginda memakan minyak sapi dan keju dan meninggalkan daging dhab kerana merasa jijik. Lalu hidangan yang disediakan untuk Rasulullah s.a.w telah dimakan. Sekiranya haram tentu hidangan untuk Rasulullah s.a.w itu tidak akan dimakan. 

  • Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
    Emak saudaraku Ummu Hufaid telah menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w minyak sapi, keju dan daging dhab. Baginda memakan minyak sapi dan keju dan meninggalkan daging dhab kerana merasa jijik. Lalu hidangan yang disediakan untuk Rasulullah s.a.w telah dimakan. Sekiranya haram tentu hidangan untuk Rasulullah s.a.w itu tidak akan dimakan.

    Saham Akhirat

    Kenangan ana berada di Tanah Haram membawa kepada seribu penglaman dan pengertian..ketika di dalam masjid ana terfikir dan terdetik di hati ana..kenapa di Tanah Air sendiri masjid dan surau tidak di immarah sebegini rupa..mungkion terdapat kekakangan yang ana tak dapat terangkan..tapi ketika berada di dalam dua Masjid Keagunggan Islam ini ana terdetik untuk berkongsi sesuatu yang dapat memberi manafaat kepada kita semua..bagaimana untuk mendapatkan saham akhirat..biasanya kalau kita biasa tgk dekat sini masjid2 akan mempromosi pembinaan masjid sebagai saham akhirat..dan wakaf Al-quran juga boleh dijadikan saham akhirat..
    Kebiasaanya jika kita dengar sahabat2 kita atau saudara kita nak ke Mekah.ape yang biasa kita pesan?? Kirim salam kepada Rasulullah dan sahabat2..betul tak??alhamdulillah..ape kata tambah sikit..mitak tolong saudara kita yang ingin ke mekah dan madinah supaya membeli senaskah Al-Quran untuk di waqafkan di dalam Masjid Nabawi @ Majidil Haram(kalau boleh kedua-duanya lagi bagus).sekurang-kurangnya kita dapat saham untuk akhirat.pahala yang In Sha Allah berpanjangan..kenapa ana syorkan anda mewaqafkan di Masjid Nabawi dan Majidil Haram? ini kerana kedua-dua masjid ini sentiasa dipenuhi orang yang setiasa membaca al-quran,orang belajar kitab dan orang beriqtiqaf di masjid..
    tetapi sebelum anda mewaqafkan alquran tersebut.anda perlu mendapatkan al quran yang original dan mengikut spec yang ditetapkan.jika tidak al-quran itu akan dikeluarkan dari masjid Nabawi

    1. 2 saiz sahaja di benarkan(saiz besar dan saiz sederhana)
    2. 2 warna sahaja yang dibenarkan(hijau - kebiasaan),biru gelap(diterima-tapi tak tau dimana diletakkan )
    3.ade chop waqaf
    4.ade helaian cetakkan yang menunjukkan al quran ini dicetak untuk kegunaan 2 masjid suci ini sahaja
     

    5.chop no siri

    6.benang penanda berwarna kuning keemasan

    7.menggunakan Rasm Uthmani

    8.ade lagi..lupe plak...

    9.Harga 30 riyal di Madinah(kilang berada dimadinah), 50-70 riyal di Mekah(diambil dari madinah)

    Kembara Umrah - Mekkah Mukarramah - Part 3

    Sedikit kenangan untuk perkongsian rakan2..tiada ape yang nak diceritakan..ibadah..hanya diri sendiri dan Allah mengetahui..




    Kembara Umrah - Ziarah Luar - Part 2

    Masjid Quba'-Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah







    Jabal Uhud


    Ladang Qurma


     Masjid Manira di padang Arafah
     Jabal Rahmah

    Kawasan Perkhemahan Musim Haji di Mina




    Ladang Unta




    Wednesday, 1 May 2013

    Kembara Umrah 10 - 22/04/2013 ( Medinah Munawarah) part 1

    Alhamdulillah ana telah selesai menunaikan Umrah pada 10-22 April 2013..alhamdulillah ini adalah pengalam pertama ana menjejakkan kaki di Tanah Haram..Banyak pengalaman dan ilmu yang ana dapat muat naik dalam memory ana secara tidak langsung dapat membimbing diri ana kearah yang labih baik..Alhamdulillah..ana amat bersyukur kehadrat Ilahi apabila ana dijemput menjadi tetamu Dia Disaat ana tidak pernah merancang dan terfikir dalam sesingkat ini ana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram..Alhamdulillah syukur..Pengalam yang terindah ini ana simpan dalam hari ana dan yang mana boleh dikongsikan untuk rakan-rakan ana akan cuba terjemahkan dalam text dan gambar2 pengalaman ana..

    Medinah Munawarrah:
    Pengalaman pertama ana apabila menjejakkan di Medina agak mengujakan..perjalanan dari dari KLIA ke Madinah Munawarrah mengambil masa perjalanan 8jam(bertolak jam 5petang waktu Malaysia) di atas penerbangan membuat ana begitu teruja untuk melihat dengan mata ana sendiri Tanah haram..Ana dan jemaah selamat tiba di Airport King Abdul aziz lebih kurang jam 10malam(wakrtu madinah)..setelah selesai urusan Kastam Saudi,cop Passport dan bagasi..dalam 10.30malam..ana dan jemaah menaiki bas terus menuju ke tempat penginapan yang disediakan oleh THTS..apabila tiba di hotel ana bersukut sgt kerana hotel tersebut terletak di sebelah Masjid Nabawi..alhamdulillah..selepas menurunkan bagasi..ana dan sahabat lama(member kamcing zaman sekolah menengah.17tahun tak jumpa..tapi Allah temukan untuk mengerjakan umrah bersama2) ana yang sama2 berada dalam jemaah tersebut terus menuju ke Masjid Nabawi untuk melihat keadaan sebenar..Jam telah menunjukkan pukul 11malam..sudah dikira agak lewat kerana subuh disini jam 4.40pg..tapi Masid Nabawi tak pernah lengang dengan manusia yang berada di sekitar masjid dan didalam masjid..Alhamdulillah...syukur ya Rabb...beruntung rasanya melihat suasana begini yang tak terdapat ditanah air sendiri..ana kongsikan beberapa foto untuk tatapan..

    Perjalanan menuju ke Hotel:



    BTN kali kedua???argghhhh....best jgk

    baru2 ni ana terpaksa menhadiri kursus BTN siri kedua..walaupon tidak straight seperti BTN siri pertama..api ana ttp enjoy bersama rakan-rakan semasa menghadiri kursus..ade beberapa aspek yang ana tidak berpuas hati dengan kursus BTN ini..walaupun ianya hanya lah kerja sama antara majikan ana dengan pihak BTN..tapi ana rasa pihak pengurusan BTN perlu lebih serius menagani isu ini..maaf ana pohon terlebih dahulu mungkin bicara ana akan dipandang sinis..tapi ini yang ana rasakan..ana amat tidak berpuas hati jika kursus BTN yang dianjurkan oleh pihak kerajan ini banyak menyuntik element politik semasa kursus..dan kebanyakan isu yang diutarakan adalah lebih bersifat politik dan ia sama sekali lari dari niat asal BTN..BTN adalah satu program yang diwujudkan bagi memupuk semangat nasionalism,semagat melayu,semangat perpaduan sesama kita..TAPI apabila elemen  politik telah dimasukan dalam program yang dibawa oleh "ORANG-ORANG TERTENTU"..ini telah membuat peserta program berasa agak tawar hati..jika fahaman politik berlainan maka program ini tidak akan mencapai maksud yang dikehendaki.jadi saya menharapkan satu langkah yang lebih proaktif diambil oleh BTN meneruskan niat murni kerajaan..janganlah dicampur  adukan BTN dengan fahamn politik kerana sedikit sebanyak ia akan merosakkan semangat nasionalsm rakyat negara ini...wassalam



    Chopper Week Meets

    Assalammualikum..rakan-rakan semua..alhamdulillah di panjangjkan umur..diberi ruang untuk bernafas..dibuka pintu rezeki untuk menjalani kehidupan seharian..agak lama tak update blog..dalam keadaan yang tak berapa sihat(selsema dan batuk)..terasa rindu plak dengan blog ana..kerana ade bebrapa event yang ana hadiri..jadi ana ingin berkongsi bersama rakan-rakan ana semua..
    pada 22-3-2013 telah berlangsung satu event chopper week di kawasan tanah lapang berhampiran tesco kota bharu...disamping kehadiran grop2 chopper seluruh Malaysia..tidak dilupakan juga brop2 superbikes juga dijemput untuk memeriahkan suasana..alhamdulillah banyak gerai2 yang menjual accesories moto dibuka dengan tawaran harga yang amat menarik..kat bawah ni ana kongsikan saat-saat ketika ana berada disana

    Event : Chopper Meet
    Tempat: Tecso Kota Bharu
    Tarikh :22-23/03/2013



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...