Haji Mat Hassan bin Panglima Munas @ Tok Janggut, telah
menawan Pasir Puteh dan telah memaksa Encik Latif meminta bantuan askar
tambahan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekut. Maka pada 6 Mei 1915, satu
pasukan yang dianggotai oleh 200 askar (lebih kurang) berserta senjata berat
telah dihantar ke Pasir Puteh.
Maka berlakulah peperangan yang hebat di Kampung Merbuk dan
Kampung Pupoh pada 25 Mei 1915.
Tercatat dalam Sejarah Malaysia bahawa Tok Janggut telah
gugur dalam pertempuran ini. Mayat beliau telah dibawa ke Kota Bharu dan di arak
seluruh bandar dan jenazah beliau telah di gantung secara terbalik di padang bank, setelah seminggu ia
dikuburkan di Pasir Pekan. (sila rujuk disini untuk paparan bergambar jenazahTok Janggut)
Begitulah fakta yang tercatat dalam Sejarah Malaysia dan
ianya telah diterima pakai dalam silibus pengajian sejarah peringkat sekolah
rendah dan menengah.






