-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam
Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
(MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum
pernah berkahwin.
Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.