Tintoy dan Take Huat memdapatkan kerjasama dan izin dari tok dalang terkemuka Che Mohd Nasir sebelum memulakan projek mash up SCI-Fi + Old Skool ini. Mereka bertemu dengan Che Mohd Nasir terlebih dahulu bagi memastikan apa yang mereka lakukan ini tidak akan dianggap sebagai menghina seni wayang kulit turun temurun yang dipercayai muncul di kelantan sekitar kurun ke 17. Che Mohd Nasir atau lebih dikenali sebagai Pak Nasir merasakan idea Peperangan Bintang adalah idea yang baik kerana ia mungkin dapat menghidupkan semula minat generasi muda kepada seni yang semakin dipinggarkan ini. Syarat yang diberikan oleh Pak Nasir ialah seni wayang kulit Peperangan Bintang tidak memasukkan unsur lucah dan seksual kerana ini bertentangan dengan tradisi wayang kulit.
Kedua-dua patung Maharaja Dah Vedeh dan Perantau Langit sudahpun dijual tetapi Tintoy serta Take Huat sudahpun memulakan perancangan bagi projek mereka yang seterusnya. Kali ini C3P0 dan Princess Leia pula akan mendapat sentuhan mereka. Tak sabar!
Foto dari Facebook Peperangan Bintang
No comments :
Post a Comment