Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Sunday 30 September 2012

Pertandingan Bowling tertutup ARKB

 Semalam telah berlangsung pertandingan bowling tertutup ARKB,seramai 26 peserta lelaki dan 5 peserta wanita menyertai pertandingan tersebut.Terima kasih kepada 9W2MDQ & 9W2MDC kerana bertungkus lumus menyiapkan dan meyediakan hadiah kepada pemenang.walaupon pada asalnya penganjur kejohanan ini bukan 9W2MDQ & 9W2MDC.Tapi atas inisiatif beliau maka pertandingan ini berjalan dengan lancar..

Majlis : Kejohanan Boling Tertutup ARKB
Tempat : Mutiara Bowling Centre
Tarikh : 30-09-2012
Waktu : 8.30 malam



Program MAHABBAH ~ IKIM

 pada 27-29 sept 2012 lalu telah berlangsung satu karnival yang dianjurkan oleh IKIM diberi nama "Karnival Mahabbah IKIM" yang berlangsung di perkarangan stadium sultan Muhammad IV.Alhamdulillah ramai pengunjung yang hadir meyaksikan persembahan di samping gerai-gerai jualan oleh syarikat besar dan IKS juga terdapat disana.Pada 27.09.2012 malam,satu konsert telah berlangsung.artis-artis yang turut sama mengadakan persembahan seperti nur-one,bob,akhil hayy dan ramai lagi..errr...gmabar tak clear..solly maaa....













Tuesday 25 September 2012

adehhh.....ape nak jadi ni???

semakin hari semakin lawak pulak keadaan politik negara..si pembangkang dok canang macam2..si BN pulak dok buka aib org tu orang ni...sepanjang saya hidup ni..(alhamdulillah..) tahun ini adalah tahun yang paling lawak dalam situasi politik negara..emmmm...entah la..nak tergelak pulak..ape2pon..lain padang lain belalang..lain orang lain ragam....heheheh...tak pernah berlaku muka PM dok kat buku sekolah..ni ape dah jd..takkan sampai budak sekolah pon nak kena promote..bukan leh ngudi lagi pon... dan setahu saya dari dulu samapi sekarang yang selalu tercetak pada buku sekolah adalah rukun negara,bendera malaysia dan apa2 yang berkaitan dgn negara..supaya dipupuk semangat cintakan negara sejak kecil..bukan pupuk minat taat pada pemimpin...logik la sikit wahai ahli politik semua..kita ni manusia..hidup tak tau panjang mane..entah esk atau lusa belum tentu panjang lagi usia kita...kalau kita pupuk semangat cintakan agama,bangsa dan negara tu logik gak..kalo pupuk taatkan pemimpin memang tak logik...sebagai contoh..kalo kita dok taat,percaya 200%,beri sokongan tak berbelah bagi..tup..tup..tup..pemimpin tu dah tiada...(meninggal ker,lari ker..aper2 jerlah..).so..uaha kita tu yg dok sokong tu nk campak kat ner??nak sokong org lain dah tak boleh.."PEMIMPIN ADALAH MANUSIA,KITA JUGA MANUSIA..TAPI MEREKA DILANTIK SBG KETUA..".Itu sahaja bezanya...wallahualam...



 dan lain-lain....




Monday 24 September 2012

Pertandingan Boling Anjuran AKRAB Bachok

assalamualaikum,Pada sabtu lalu (22/09/2012) berlangsung satu pertandingan boling anjuran Kelab AKRAB Bachok yang dikekolakan oleh 9W2JKI dan 9W2ZAM.Pertandingan yang sepatutnya dimulakan pada jam 2.00 petang terpaksa ditunda sehinggan menghampiri jam 4ptg(lebih kurang jam 3.45).tidak tahu dimana silapnya kami sebagai peserta terpaksa menggungu agak lama dan membuang begitu banyak masa untuk memulakan pertandingan dan kebanyakan dari perserta mula 'down' akibat terlalu lama menunggu.Kehadiran pada hari pertandingan amat mengecewakan kami apabila ahli kelab yang menganjurkan pertandingan hanya dihadiri oleh 3-4org sahaja dan kebanyakkan peserta disertai oleh kelab ARKB.ini menunjukkan seolah2 kami di ARKB yang menganjurkan pertandingan ini.agak kecewa juga kami sebagai peserta terpaksa menanti lebih lama apabila ramai peserta tidak hadir dan pihak pengurusan pertandingan mengambil masa agak lama untuk diselesaikan..malahan penganjur kejohanan sebenar 9W2JKI tiada ketika kejohanan berlangsung.diharap jika berlaku penganjuran apa sahaja pertandingan melibatkan rakan-rakan amatur,pihak penganjur lebih effektif,tepati masa dan cepat bertindak.agar tiada rakan2 bersunggut dibelakang..itu sahaja...maaf jika pihak penganjur terasa atas nukilan saya.ini semua hanya secoret luahan hati rakan-rakan yang menghadiri pertandingan tersebut.apa-apa pon tahniah juga buat penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini sehingga tamat,malahan hadiah yang disediakan juga agak lumayan..saya kongsikan saat-saat pertandingan ini berlangsung..

Majlis : Pertandingan Boling Anjuran AKRAB Bachok
Tempat: Mutiara Boling,Billion
Tarikh : 22 Sept 2012
Waktu : 3.30ptg(sepatutnya 2.00 ptg)



menanti dan terus menanti...


Saturday 22 September 2012

HIZBUR TAHRIR












aku mula was-was ttg gerakan ini.sory to say..gerakkan ini bermula di turki,tp ia berkait rapat dengan hizbullah di iran..hizbullah ini asalah syaih.hizbullah memberi bantuan kepada basyar al assad untuk memerangi rakyat syria.. si bayar ini adalah syiah...rakyat syria yang majoriti adalah Ahli sunnah waj jamaah..jd kita kita sekarang ni berpegang mengikut ahli sunnah wal jammah atau pon mengikut "yang lain-lain"...wallahualam  
*kalo korang google korang akan tau.


*betulkan saya jika info saya berikan adalah salah..





Apa Sebenarnya Berlaku Di Syria?


SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.
Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.
Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.
Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Perkongsian Antarabangsa Syria Perkongsian Antarabangsa Syria Perkongsian Antarabangsa Syria

Innocent of Muslim: Umat Islam memang menghina Nabi!


Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain.

Thursday 20 September 2012

Dialog 'Aku' dan 'Bishop' (ulang siar)

sambil-sambil dok google tiba2 terjumpa artkal yang panjang lebar ini..harap sabar membaca..banyak ilmu yang diterapkan dan terselingdung..mungkin dengan artikal ini lebih menyedarkan kita dan menambah ilmu kita bersama...wallahhualam..
<<==============================================>>


Iblis merupakan musuh kepada Umat manusia semenjak beliau yang di laknat oleh ALLAh s.w.t akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. Bermula daripada sangka buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam sehinggalah akhirnya beliau yang menaruh dendam terhadap Umat Nabi Adam dan berjanji untuk menyesatkan Umat manusia ini sehinggalah ke hari kiamat. Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan Umat manusia terutama Umat Islam dan di antaranya adalah Iblis, Syaitan dan jin, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.

'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6


Wednesday 19 September 2012

5S – Propaganda Yahudi

dipetik dari artikel seorang doktor:sini

DSC02106


5S – Propaganda Yahudi. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah terdengar atau terbaca tentang 5S ini. 5S yang dimaksudkan ialah Song, Spirit, Sex, Sport & Smoke. Jika diamati, sebahagian daripada perkara-perkara ini adalah perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Lalu apa masalahnya? Sesungguhnya, inilah yang dinamakan propaganda, sesuatu yang dicipta dan telah menyusup masuk ke dalam budaya kita, dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa janggal, asing dan kolot sekali untuk meninggalkannya. Benarkah? Baiklah, mari sama-sama kita kupas satu-persatu isu ini.

Makanan Barat Satu Propaganda Yahudi




Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang sudah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

(Surah al-Baqarah, ayat 120)

Antara propaganda Yahudi yang menjadi sebahagian daripada pemakanan kita



1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Yahudi) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Tetapi sebenarnya Nabi s.a.w. tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Yahudi ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi s.a.w. selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ini nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5.  Para Yahudi ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan mi segera. Coke itu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan orang kita juga yang ketagih minum.


6. Untuk pengetahuan, para kafir juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab negara Amerika Syarikat adalah merupakan pengeluar soya terbesar). Namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya terdapat hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada perempuan. Soya juga mempunyai phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita yang menyebabkan badan kita kekurangan zat-zat mineral tersebut.

Tahukah anda minuman apakah yang paling digemari oleh Nabi s.a.w kita? Adakah air soya? Tentu sekali tidak. Minuman yang paling digemari oleh Nabi s.a.w. dan tentunya paling berkhasiat ialah SUSU KAMBING!

Wallahu'alam.
 
sumber asal : sini

Kenapa Yahudi di Benci. Mungkin Hitler Benar.

Mengikut stastitik buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The holocaust, penulis berbangsa Yahudi ni kata masa zaman Nazi, lebih 5 juta Yahudi kena seksa dan dibunuh. Ramai bersimpati dengan buku ini.
Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Tuesday 18 September 2012

Syaitan dan Jin

1.Dari Ibn Masud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang pun dikalangan kamu melainkan bersamanya Qarin dari Jin"Mereka berkata: Engkau juga wahai Rasululah s.a.w. Sabda baginda: "Ya begitu juga aku, melainkan Allah membantu aku ke atasnya lalu ia telah Islam, maka ia tidak menyuruh aku melainkan dengan kebaikan.

2. Dari Abi Said al Khudri r.a berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku melihat kamu sukakan kambing dan kampung. Maka apabila kamu berada di tengah kambing dan kampung kamu, maka kamu azan untuk solat maka angkatlah suramu untuk azan, kerana tidak mendengar panjangnya suara muazzin oleh Jin, manusia dan sesuatu melainkan akan menyaksikaanya pada hari kiamat.

3."Jin itu ada tiga jenis: Jenis yang terbang di udara, jenis ular dan anjing, jenis yang bermukim dan jenis yang berpindah randah"
4.Dari zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s.aw bersabda: "Sesungguhnya tempat ini ada Jin, maka apabila seseorang kamu mendatangi tandas hendaklah berdoa: Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaiton jantan dan betina"

5.Dari Qatadah dari Abdullah bahawa nabi s.a.w bersabda: "jangan seseorang kamu kencing dalam lobang" (muslim dan Nasaie)

6.Hadis Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanan, dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya, kerana syaiton makan dan minum dengan tangan kirinya"
ketika Sabda Rasullullah:



7.Apabila seseorang kamu masuk ke rumahnya, lalu ia menyebut nama Allah Taala ketika memasukinya dan ketika makannya, berkata syaiton: Tiada tempat tinggal untuk kamu wahai syaiton,dan tiada makan. Dan apabila tidak disebut Allah ketika masuk, berkata syaiton: kamu ada tempat tinggal. Dan apabila tidak disebut Allah maka berkata syaiton: Kamu mendapat tempat tinggal dan makanan.
8."Sesungguhnya Jin merasuk manusia dengan sebab syahwat, hawa nafsu dan asyik (syok) sebagaimana berlaku antara sesama manusia. Kadang-kadang Jin dan manusia berkahwin sama, dan melahirkan anak. Ini banyak berlaku".
9.Rasulullah s.a.w bersabda: "Dari Sa’id al Khudri berkata: adalah Rasulullah s.a.w apabila bangun pada waktu malam, lalu memulakan solat, bertakbir dan membaca: (سبحانك اللهم وبحمدك تبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك )kemudian membaca(لا إله إلا الله ) tiga kali kemudian berkata: (أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه“. ) . 
10.mengganggu dalam solat -
Rasulullah bersabda kepada saidina Uthman ibn Abi al ‘Ash ketika saidina Uthman berkata kepadanya: "Sesungguhnya syaiton menghalang antara aku dan solatku dan bacaanku, ia (syaiton) menganggu aku".


Sabda Rasulullah s.a.w :"itulah syaiton yang dipanggil khinzib".Maka apabila engkau merasakannya hendaklah engkau mohon perlindungan kepada Allah darinya dan menghembus kesebelah kirimu tiga kali.
11.Mengganggu dalam mimpi.
Dari Sa’id al Khudri r.a bahawa ia mendengar nabi s.a.w bersabda:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أنه سمع النبي يقول ”إذا رأى أحدكم رؤيا يحبها فإنما هي من الله. فليحمد الله عليها وليحدث بها. فإذا رأى غير ذلك مما يكره فإنما هي من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره“ (أخرجه البخاري)

"apabila seseorang kamu bermimpi mimpi yang ia sukai, maka ia dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya. Maka apabila ia bermimpi selain itu daripada perkara yang ia benci, maka ia hanyalah dari syaiton, maka berlindunglah dari kejahatannya dan ia tidak menyebutkannya kepada seseorang, kerana sesungguhnya ia (mimpi tersebut) tidak akan memudharatkannya" (Bukhari).

 12.Dari Abi Hurairah r.a: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Syaiton mengikat simpul tengkuk seseorang kamu apabila ia tidur dengan tiga simpulan yang ia ikat kepadamu setiap tempat simpulan pada malam yang panjang lalu kamu tertidur. Maka jika ia bangun lalu menyebut Allah terungkai satu simpulannya, maka jika ia berwudhu’ terungkai satu simpulan lagi, dan jika ia sembahyang terungkai satu lagi simpulan, maka dengan itu jadilah ia cergas ceria, jika tidak jadilah ia jiwa yang buruk lagi malas.
13. Was- was
Asal was-was: iaitu gerakan atau suara halus yang tidak disedari, maka hendaklah ia berjaga diri darinya. Ia juga: lemparan yang tersembunyi dalam diri samada dengan suara yang tersembunyi yang tidak didengari melainkan oleh orang yang didatanginya. Adapun tanpa suara sebagaimana syaiton mendatangkan was-was kepada hamba.

 
14. Lupa
Syaiton mendatangkan was-was kepada manusia sebagaiman yang telah lalu. Maka apabila bertambah was-was dari syaiton kepada seorang hamba, lalu akan lupa apa yang diperintahkan oleh tuhannya.


15.Berkata teman nabi Musa kepada Musa a.s:
(al Kahf 63) 
Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.
 
16. meragu-ragukan tauhid.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ”يأتي الشيطان أحدكم فيقول من خلق كذا ومن خلق كذا. حتى يقول من خلق ربك. فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته“ (رواه البخاري).


Dari Abi Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Syaiton mendatangi sesorang kamu, lalu ia berkata siapa yang menciptakan ini, siapa yang menciptakan ini, sehingga ia berkata siapa yang mencipta Tuhan. Maka apabila sampai kepadanya ke peringkat itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah, dan hendaklah ia berhenti. (Bukhari).
 17. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.

Imam Ibn Taimiyah r.h berkata: "sesungguhnya Syaiton adalah asal Jin sebagaimana Adam adalah asal manusia".

Syaiton tidak boleh menguasai hamba-hamba Allah.
Syaiton tidak mempunyai kuasa untuk memaksa manusia kepada kesesatan dan kekufuran dan Allah tidak memberinya kuasa tersebut.


Allah berfirman:
(al Isra’ 65)
65- Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Saba’21)
21- Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Tetapi syaiton menguasai hamba-hamba yang suka mengikutnya.
Allah berfirman:
(al Hijr 42).
42- Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Kemudian selepas itu syaiton berkata kepada hamba-hambanya dan pengikutnya yang membinasakan mereka dan menyesatkan mereka.
(Ibrahim 22)
22- tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu;
(an Nahl 100)
100- Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
18."Sesungguhnya aku benar-benar melihat jin dan Syaiton lari daripada Umar.Dan ini tidaklah dikhususkan kepada saidina Umar sahaja, tetapi kerana kepada sesiapa sahaja yang kuat imannya menetang syaiton.

19."Sesungguhnya mukmin pasti menggenggam umbun-umbun syaitonnya sebagaimana seseorang kamu memegang untanya dalam perjalanannya"

20.Syaiton menguasai mukmin yang berdosa.
Abu al farj Ibn al Jauzi meriwayatkan kepada kita dari Hasan al Basri r.a berkata:
"Ada di sana sebuah pokok yang disembah selain Allah. Datanglah seorang lelaki bekata: "Aku akan potong pokok ini. Maka pergilah ia memotongnya dengan kemarahan kerana Allah. Maka datang Iblis bertemunya dalam rupa manusia, lalu berkata apa yang kamu mahu?. Berkata lelaki itu: Aku hendak memotong pokok yang engkau sembah selain Allah. Berkata Iblis kepadanya: Apabila Engkau tidak menyembahnya, maka apa yang memudharatkan engkau orang yang menyembahnya?, berkata lelaki tersebut: pasti aku akan memotongnya.
Berkata syaiton kepadanya: hendakkah engkau memiliki sesuatu yang lebih baik untukmu? Jangan engkau potongnya dan engkau akan mendapat dua dinar setiap hari diatas bantalmu apabila engkau bangun pagi.


Berkata lelaki tersebut: Dari mana aku akan dapatkannya. Berkata syaiton: Aku berikan untukmu.Maka kembali ia, maka pada waktu pagi dia dapati dua dinar pada bantalnya.
Kemudian pagi berikutnya ia tidak dapati sesuatu, maka pergilah ia dengan marah untuk memotong pokok tersebut.


Lalu syaitan merupakan dirinya, dan berkata: Apakah yang engkau hendak?
Berkata lelaki tersebut: Aku hendak memotong pokok yang disembah selain Allah.
Berkata syaiton: Engkau dusta, Engkau tidak boleh melakukannya.Lalu ia pergi untuk memotongnya, tetapi ia terjatuh. Syaiton mencekiknya hingga hampir ia membunuhnya.
Berkata Syaiton:" Tidakkah engkau mengenali aku? Aku adalah syaiton yang engkau datang kali pertama dengan kemarahan kerana Allah, maka aku tidak boleh mengalahkan engkau, lalu aku perdaya engkau dengan dinar, maka engkau meninggalkannya. Maka ketika engkau datang kerana dua dinar maka aku menewaskan engkau"
 


bagaimana menewaskan syaitan :
  1. memelihara wudhuk sebelum tidur.
  2. memelihara solat witir sebelum tidur.
  3. memelihara membaca ayat kursi sebelum tidur dan selepas setiap solat.
  4. Memelihara tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali selepas setiap solat dan sebelum tidur.
  5. memelihara membaca doa tidur.
  6. (باسمك اللهم وضعت جنبي وبك أرفعه. إن أمسكت نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين)
  7. "Dengan namaMu ya Allah aku letakkan lambungku dan denganMu aku bangun. Sekiranya Engkau genggam jiwaku maka kasihilah ia, dan sekiranya Engkau sambungkan, maka peliharalah sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang solih"
  8. memelihara semua bentuk ketaatan dan mengikhlaskan niat kepada Allah.
  9. Memelihara membaca sebahagian ayat-ayat zikir.
 

Monday 17 September 2012

Eyeball Raya AKRAB Tumpat

Pada 14 Sept 2012 lalu telah berlangsung eyeball raya kelab AKRAB tumpat.sebanyak 5-6 kenderaan mobile kesana untuk menghadiri majlis tersebut dan sebagai mewakili ARKB.Majlis berlangsung dengan jayanya di base 9W2ZIG.Ramai rakan-rakan dari kelab lain turut sama hadir bersama xyl dan harmonic....(errmm....tak der idea plak pagi2 ni)..saya kongsikan kenangan ditempat kejadian

Majlis: Eyeball Raya AKRAB tumpat
Tarikh : 14 Sept 2012
Waktu : 2.30ptg
Lokasi : Base 9W2ZIG


9W2AYK sebagai MC majlis

9W2PJX sbg asst. MC

Sunday 16 September 2012

Qarin adalah kembar manusia

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan

Pertarungan 3 Penjuru


Alhamdulillah semalam telah berlangsung dengan jayanya satu event yang boleh dikatakan adhoc,yang tidak mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan.bermula dari idea 9W2CMJ dengan cadangan suka-suka seterusnya mendapat feeadback yang baik dari rakan2..jadsi saya berkerja sama dengan 9W2AJT telah merancang untuk membuat "Perlawanan Bowling 3 Penjuru antara ARKB(Kota Bharu),PR9/PUTRA(Pasir Puteh) dan BESTRAC(besut).Bertarik pada  september 2012 sempena Hari Malaysia,telah berlangsung Pertempuran 3 Penjuru in..bertempat di Biliion Bowling Center Jam 9.00malam.maka berlangsunglah pertarungan ini..saya kongsikan detik2 ketika event.

Pengajur/Urusetia:9W2NOX / 9W2AJT / 9W2CMJ
Kelab bertanding : ARKB(Kota Bharu)
                             PR9/PUTRA(Pasir Puteh)
                             BESTRAC (Republik of Besut)
Tempat :Biliion Bowling Centre
Tarikh : 16 Sept 2012
Waktu : 9.00 Malam



Saturday 8 September 2012

eyeball Raya KRAMAT

Pada Malam 8 september 2012 telah berlangsung satu majlis eyeball Kelab Radio Amatur Kuala Krai(KRAMAT).ramai rakan-rakan radio turut sama memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Majlis :eyeball Raya KRAMAT
tempat:Kedai makan sebelah kilang (lupe plak name tempat tu)
Waktu : 8.00pm - 12.00pm

saya kongsikan saat bersama rakan-rakan pada majlis tersebut..enjoy!!


EYEBALL RAYA ARKB 2012

Pada 7 september 2012 telah berlangsung acara tahunan bagi kelab ARKB.Seperti biasa majlis ini diadakan bagi meraikan rakan-rakan amatur seluruh kelantan.seramai lebih dari 300 org menyertai majlis tersebut.terima kasih juga tidak terhingga kepada kelab2 yang sudi menghantar wakil bagi memeriahkan majlis.antara kelab-kelab yang hadir pada majlis tersebut adalah AKRAB pusat(bachok),AKRAB TUMPAT,AREC TMJ(Tanah Merah,machang,jeli),PR9(Pasir Puteh),Putra(Pasir Puteh),Bestrac(Besut),Kramat(K.Krai),Wakaf Telaga(Tumpat),SKTMJ,SRS seluruh negeri kelantan,wakil dari PERAMAH(pahang),Res'k (P.Mas),Abadi Security(Budi) dan lain-lain kelab...maaf yer banyak sangat...hehehhe

Majlis :EyeBall Raya ARKB(Persatuan Radio Amatur dan Rekreasi Kota Bharu) 2012
Tempat : Sudara Beach Resort,Kandis Bachok
Waktu : 8.00pn - 12.00pm

saya kongsikan kenangan sewaktu berlangsungnya majlis bersama rakan-rakan semua...enjoice!!

Ucapa dari Presiden 9W2SYD


EyeBall Raya KRT Morak,Tumpat

Pada Malam 6 September lalu KRT morak telah mengadakan Jamuan Raya bagi kawasan Morak.Majlis dihardiri oleh rakan-rakan KRT yang lain serta rakan-rakan radio Amatur kelantan.Terima kasih kepada pengerusi KRT Morak Abe yie(MR01/9W2SYF) atas jemputan.Turut dihadiri oleh rakan dari Kuala Lumpur 9M2NRS dan 9W2NOK..Terrima kasih semua yang hadir dan menjayakan majlis

Majlis:Eyeball Raya KRT Morak,Tumpat
Tempat: Depan Sekolah Kebangsaan Morak
Waktu : 8:00pm - 12.00pm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...