Tahukah anda????
1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara
di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara
warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan
abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel
harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan
antara kaum yahudi dan bukan yahudi
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan
dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai
kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk
kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin
yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan
85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15%
sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu
6. Tahukah anda bahawa Amerika memberi dana sebanyak 5 million USD setiap tahun untuk Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan
kepada Israel sebesar 18 million USD setiap tahun? Dan tahukah anda
bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada
seluruh Negara di Benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan
sebesar 4 million USD dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16,
Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama
bagi Israel, maka ia memberikan semua kemudahan yang diminta Israel
untuk menjamin kemandiriannya.
9. Tahukah anda bahawa pemimpin Amerika telah menekan Kongres tentang
pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan?
Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon
dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur
Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata
nuklear? Dan menolak pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat
penyimpanan nuklear mereka.
11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, mereka sudah memiliki kilang untuk membina senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Jeneral Tertinggi Israel, mengakui secara
terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang
Palestin tanpa proses pengadilan
13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan kediaman Diplomat Amerika dan
menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada
tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan
mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil tindakan
terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah
sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak
mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel
mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1
resolusi PBB?
15. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana
Menteri Ariel Sharon sebagai suspek didalam kes pembunuhan ramai – ramai
Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan
lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan
orang tua
16. Tahukah anda bahawa pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel
menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah
perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak
mereka dari jarah setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu
tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan Khas dari pemerintah
Israel?
17. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat
media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat
Amerika dan Eropah
18. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David Ben Gorion
bersepakat dalam pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari
Israel?
19. Tahukah anda bahwa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga
pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera
Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin? bahkan
dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam
wawancaranya disebuah radio terbesar Israel: “Tuhan akan membalas semua
kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan
menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan
yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa
kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk
menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga
Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan
terkutuk”
20. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan
keputusan larangan penyiksaan didalam proses soalsiasat, tetapi Shin Bet
(Skuad Khas Israel) tetap menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses
soalsiasatnya.
21. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar
dan merosak seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi
penduduk Palestin tetap menjadi negara terbanyak di dunia yang
penduduknya bergelar doktor?
22. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang
dijamin oleh undang-undang HAM yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember
1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak
berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalangi dengan perjanjian OSLO.
23. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah dunia mengatakan
negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang
tahun 1967. Padahal fakta yang sebenarnya adalah Israel yang menyerang
negara-negara arab terlebih dahulu. Tetapi mereka mengatakan bahawa
serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.
24. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu – satunya negara penjajah
yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan
keselamatan warga asal Palestin
25. Tahukah anda Israel terus melakukan berbagai usaha untuk
menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak
50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar
runtuh dengan sendirinya..
Mulakan dengan.....
Tuesday, 16 October 2012
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment