Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Tuesday, 9 October 2012

Langkah-langkah untuk mendapatkan Lesen RA

sering kali kita ditanya bagaimanakah untuk mendapatkan lesen Radio Amatur yang sah.mungkin sesetengah rakan lebih arif bagaimana cara untuk mendapatkan lesen Radio Amatur ini.ok..tanpa buang masa saya akan bg info serba sedikit cara-cara dan langkah-langkah untuk anda bergiat dan mengambil lesen radio amatur secara sah.

1.Anda perlu mendaftar bagi mengambil peperiksaan RA dengan SKMM @ MCMC menerusi online menerusi laman web : https://sems.skmm.gov.my/sems/
2. Buat pembayaran secara online di ruangan "Purchase Voucher" dengan memilih "Exam Voucher". Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit atau pemindahan bank sebanyak RM 50
3. Selepas pembayaran dibuat, klik di "Examination Application". Pilih RAE dan masukkan nombor voucher pembayaran yg telah dibuat.
4. Isikan data-data yg diperlukan dan hantar...
5. Pastikan anda memilih dengan tepat lokasi wilayah untuk anda menduduki RAE...

Selepas permohonan dibuat, notis kelulusan untuk menduduki RAE akan dihantar melalui pos, kebiasaannya 2 minggu sebelum RAE diadakan... kelulusan juga boleh disemak melalui lawan web MCMC...

ataupun..

1.anda boleh download borang RAE menerusi website : http://www.box.net/shared/41enjx07i9
 2.isi borang secara manual
3.dapatkan wang pos RM 50
4.Pos borang tersebut ke SKMM wilayah yang berhampiran atau SKMM cyberjaya
5.peperiksaan RAE kelas B ini hanya dijalankan 2 kali setahun sahaja,kebiasaanya bulan mei dan bulan november

setelah anda mendapat notis kelulusan,maka anda bolehlah mengikuti kelas-kelas yang RAE yang dianjurkan(kebiasaan kelab-kelab di lokasi berhanpiran akan mengadakan kelas ini)

Tarikh peperiksaan akan di beritahu dalam surat notis tersebut.

soalan peperiksaan:
a.sebanyak 100 soalan objektif disediakan
b.3 jam masa diperuntukan untuk menjawab soalan tersebut
c.40 % adalah SOP dan 60 % adalah teknikal
d.keputusan hanya lulus dan gagal sahaja



keputusan peperiksaan boleh didapati melalui : https://sems.skmm.gov.my/sems/applicantregistrations/checkstatus

jika anda lulus,anda bolehlah mendaftar callsign yang anda kehendaki.tapi sebelum itu anda perlu memeriksa callsign yang anda kehendaki di : http://www.skmm.gov.my/link_file/registers1/aa.asp?aa=AARadio

a.anda boleh download borang pendaftaran callsign di laman web SKMM,terdapat 5 pilihan callsign dalam borang tersebut untuk anda membuat pilihan
b.wang pos sebanyak RM 180 disertakan bersama
  -RM 60 pendaftaran
  -RM24(setahun) x 5
c.keputusan callsign yang anda pilihan anda berjaya atau tidak akan dihubungi oleh SKMM.jika 5 pilihan yang anda berikan masih tidak diguna pakaicallsign tersebut akan menjadi hak anda.jika sudah dimiliki oleh pemengang lesen yang lain,maka pihak SKMM akan mengubungi anda untuk memberitahu pilihan lain selain 5 pilihan tersebut.
d.lesen RA yang telah siap akan dihantar terus ke rumah anda.
e.anda boleh mendapatkan peralatan-peralatan radio yang anda kehendaki
f.anda boleh lah memancar di mana-mana frequency yang dibenarkan.


info:
1.lesen radio amatur tebahagi kepada 2:
  a.lesen kelas A (CW) -9M2(semenanjung),9M6(sabah),9M8(sarawak)
  b.lesen kelas B - 9W2(semenanjung),9W6(sabah),9w8(sarawak)
  c.lesen repeater -9M4...

2.frequency terbahagi kepada 3 :

HF : High-Frequency (frekuensi di antara 3 hingga 30MHz)
UHF : Ultra-High Frequency (frekuensi di antara 300 hingga 3000MHz)
VHF : Very-High Frequency (frekuensi di antara 30 hingga 300MHz)
   


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...