Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Wednesday 24 October 2012

Mari Mengenali Prof. Yusuf Al-Qaradawi

Islamic scholar
Yusuf 'Abdullah al-Qaradawi
يوسف عبد الله القرضاوي
Title Shaykh
Born 09 September 1926 (umur 86)
Region Egypt
School tradition Sunni
Works Fiqh az Zakat, The Lawful and Prohibited in Islam, Fiqh al Jihad, and others
Influences Hassan al Banna
Influenced Rashid Al-Ghannushi


Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف عبدالله القرضاوي‎) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.



Pendidikan

Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.
Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

Kerjaya

Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.
Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini.

Tokoh Maal Hijrah

Pada 18 Disember 2009, beliau dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia. Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.
Beliau kagum terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di Malaysia. Beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar. Satu ketika beliau dibawa menaiki pesawat tentera bagi memudahkannya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat. Pertemuan diadakan dengan pemimpin UMNO mahupun PAS serta pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[1]


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...