sering kali kita ditanya bagaimanakah untuk mendapatkan lesen Radio Amatur yang sah.mungkin sesetengah rakan lebih arif bagaimana cara untuk mendapatkan lesen Radio Amatur ini.ok..tanpa buang masa saya akan bg info serba sedikit cara-cara dan langkah-langkah untuk anda bergiat dan mengambil lesen radio amatur secara sah.
1.Anda perlu mendaftar bagi mengambil peperiksaan RA dengan SKMM @ MCMC menerusi online menerusi laman web :
https://sems.skmm.gov.my/sems/
2.
Buat pembayaran secara online di ruangan "Purchase Voucher" dengan
memilih "Exam Voucher". Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan
kad kredit atau pemindahan bank sebanyak RM 50
3. Selepas pembayaran dibuat,
klik di "Examination Application". Pilih RAE dan masukkan nombor voucher
pembayaran yg telah dibuat.
4. Isikan data-data yg diperlukan dan hantar...
5. Pastikan anda memilih dengan tepat lokasi wilayah untuk anda menduduki RAE...
Selepas
permohonan dibuat, notis kelulusan untuk menduduki RAE akan dihantar
melalui pos, kebiasaannya 2 minggu sebelum RAE diadakan... kelulusan
juga boleh disemak melalui lawan web MCMC...
ataupun..
1.anda boleh download borang RAE menerusi website :
http://www.box.net/shared/41enjx07i9
2.isi borang secara manual
3.dapatkan wang pos RM 50
4.Pos borang tersebut ke SKMM wilayah yang berhampiran atau SKMM cyberjaya
5.peperiksaan RAE kelas B ini hanya dijalankan 2 kali setahun sahaja,kebiasaanya bulan mei dan bulan november
setelah anda mendapat notis kelulusan,maka anda bolehlah mengikuti kelas-kelas yang RAE yang dianjurkan(kebiasaan kelab-kelab di lokasi berhanpiran akan mengadakan kelas ini)
Tarikh peperiksaan akan di beritahu dalam surat notis tersebut.
soalan peperiksaan:
a.sebanyak 100 soalan objektif disediakan
b.3 jam masa diperuntukan untuk menjawab soalan tersebut
c.40 % adalah SOP dan 60 % adalah teknikal
d.keputusan hanya
lulus dan
gagal sahaja