Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Tuesday 14 May 2013

Sony Xperia ZR : Sebuah Lagi Telefon Kalis Air

Kami pernah mengulas Sony Xperia Z di AMANZ.MY beberapa bulan yang lalu. Kami sukakan peranti Android Sony ini kerana ianya tahan debu dan air. Semasa kami bercuti di Phuket kami gunakan Xperia Z untuk ambil gambar ketika menyelam dan berenang dalam laut. Good phone tetapi ada satu fatal flaw. Apabila di dalam air butang kapasitif sesentuh yang digunakan untuk menangkap gambar tidak berapa responsif. Sony Xperia ZR nampaknya menyelesaikan masalah ini dengan meletakkan butang kamera khas untuk mengambil gambar dan video. Seperti Xperia Z, Xperia ZR diperkasakan pemproses 1.5 GHZ Empat Teras, RAM 2 GB , kamera 13.1 Megapixels dan menggunakan Android Jelly Bean. Skrin ZR hanya sebesar 4.5 inci dan tidak HD Penuh seperti Z. You win some you lose some. Yang pasti peranti pintar ini mempunyai rekaan ergonomik dan mesra pengguna seperti Xperia Z. Looks nice!






Laporan asal GSMARENA,sini

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...