Kenangan ana berada di Tanah Haram membawa kepada seribu penglaman dan pengertian..ketika di dalam masjid ana terfikir dan terdetik di hati ana..kenapa di Tanah Air sendiri masjid dan surau tidak di immarah sebegini rupa..mungkion terdapat kekakangan yang ana tak dapat terangkan..tapi ketika berada di dalam dua Masjid Keagunggan Islam ini ana terdetik untuk berkongsi sesuatu yang dapat memberi manafaat kepada kita semua..bagaimana untuk mendapatkan saham akhirat..biasanya kalau kita biasa tgk dekat sini masjid2 akan mempromosi pembinaan masjid sebagai saham akhirat..dan wakaf Al-quran juga boleh dijadikan saham akhirat..
Kebiasaanya jika kita dengar sahabat2 kita atau saudara kita nak ke Mekah.ape yang biasa kita pesan?? Kirim salam kepada Rasulullah dan sahabat2..betul tak??alhamdulillah..ape kata tambah sikit..mitak tolong saudara kita yang ingin ke mekah dan madinah supaya membeli senaskah Al-Quran untuk di waqafkan di dalam Masjid Nabawi @ Majidil Haram(kalau boleh kedua-duanya lagi bagus).sekurang-kurangnya kita dapat saham untuk akhirat.pahala yang In Sha Allah berpanjangan..kenapa ana syorkan anda mewaqafkan di Masjid Nabawi dan Majidil Haram? ini kerana kedua-dua masjid ini sentiasa dipenuhi orang yang setiasa membaca al-quran,orang belajar kitab dan orang beriqtiqaf di masjid..
tetapi sebelum anda mewaqafkan alquran tersebut.anda perlu mendapatkan al quran yang original dan mengikut spec yang ditetapkan.jika tidak al-quran itu akan dikeluarkan dari masjid Nabawi
1. 2 saiz sahaja di benarkan(saiz besar dan saiz sederhana)
2. 2 warna sahaja yang dibenarkan(hijau - kebiasaan),biru gelap(diterima-tapi tak tau dimana diletakkan )
3.ade chop waqaf
4.ade helaian cetakkan yang menunjukkan al quran ini dicetak untuk kegunaan 2 masjid suci ini sahaja
5.chop no siri
6.benang penanda berwarna kuning keemasan
7.menggunakan Rasm Uthmani
8.ade lagi..lupe plak...
9.Harga 30 riyal di Madinah(kilang berada dimadinah), 50-70 riyal di Mekah(diambil dari madinah)
No comments :
Post a Comment