Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ?
Nama
penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah
bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar
bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin
Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula
al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin
‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin
Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa
al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq
bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera
kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’
binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.
Beliau
adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad
s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi
Tholib RA.
Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran.
Beliau
merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah
menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan.
Beliau
juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu
menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau
juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal
setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta
asbabul wurudnya.
Habib Umar adalah
seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi
pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim,
Hadramaut, Yaman.
Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.
No comments :
Post a Comment