Arah khiblat di Malaysia dapat ditentukan pada petang hari Khamis, 16 Julai 2009 khususnya pada jam 5.28 petang Malaysia. Hari Jumaat 17 Julai 2009 masih tidak jauh berubah. Ini kerana pada jam 5.28 petang, matahari tepat berada di atas kaabah, Mekah, Arab Saudi. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said
Pada 27 Mei 2007, umat Islam boleh menentukan arah kiblat yang betul pada pukul 5.18 petang Isnin kerana ketika itu matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah.Pensyarah di Jabatan Fiqh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi menyatakan orang ramai dan pihak masjid juga dapat memeriksa semula arah kiblat di tempat masing-masing.
Kaedah tradisional
Orang Melayu di Malaysia membina rumah
dan menanam jenazah berdasarkan arah kiblat. Biasanya di Malaysia,
orang-orang tua menyatakan arah kiblat berada sedikit di sebelah kanan
matahari terbenam. Ustaz atau tuan guru akan dipanggil bagi menentukan
arah kiblat sebelum sesebuah rumah, surau atau masjid dibina.
Tandas tidak harus mengadap kiblat. Anjung masjid dan surau mestilah mengadap kiblat. Bilik surau di rumah juga mesti ke arah kiblat.
Kubur orang Islam di Bosnia diketahui melalui arah kubur / jenazah yang ditanam menghadap arah kiblat. Oleh itu agama seseorang itu Islam atau Kristian dapat dibezakan.
Tandas tidak harus mengadap kiblat. Anjung masjid dan surau mestilah mengadap kiblat. Bilik surau di rumah juga mesti ke arah kiblat.
Kubur orang Islam di Bosnia diketahui melalui arah kubur / jenazah yang ditanam menghadap arah kiblat. Oleh itu agama seseorang itu Islam atau Kristian dapat dibezakan.
Kaedah moden
Sejak 1980-an, kompas arah Mekah telah
dijual di pasaran. Dengan kompas ini, arah khiblat dapat ditentukan
dengan lebih mudah. Jemaah haji membeli kompas ini semasa mengerjakan
haji di Mekah.
Kiblat semasa di angkasa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
mengeluarkan buku 'Garis panduan pelaksanaan ibadah di ISS' dan
diterbitkan pada April 2007. Khiblat ditentukan berdasarkan kepada
unjuran Kaabah di Mekah. Angkasawan Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar
Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed menjalani latihan di Russia sebelum
salah seorang daripadanya dipilih sebagai angkasawan pertama Malaysia
dihantar ke ISS.
No comments :
Post a Comment