Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Saturday 5 January 2013

Ubuntu Mobile : SIstem Operasi Mobil Berasaskan Ubuntu

Sistem operasi Android and IOS kini adalah raja sistem operasi mobil dunia. Kami di Blogserius menggunakan kedua-dua sistem operasi ini setiap hari. Selain Android dan IOS, terdapat juga sistem operasi Windows Phone 8, BB10, Symbian dan Tizen. Kesemua sistem operasi ini menawarkan antara muka berbeza dengan kelebihan masing-masing. Ubuntu, pembangun sistem operasi PC terbuka dunia tidak mahu ketinggalan dan mereka mengumumkan sistem operasi Ubuntu Mobile. Di CES 2013 yang akan datang mereka akan secara rasminya memperlihatkan telefon pintar pertama mereka dan kami agak teruja. Antaramukanya kemas dan cantik. Persoalan kami adalah adakah Ubuntu Mobile boleh berjaya di dalam pasaran sistem operasi mobil pintar yang semakin sesak? Nantikan sahaja apa akan berlaku!



Laporan asal CraveNet

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...