Gastrik adalah penyakit yang
menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik
yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh
memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan
waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap
gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang
gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila
kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.
Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus di ganggu oleh penyakit ini,
ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam
dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita
mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut. Jadi, apakata jika anda
mencuba petua 8 cara merawat gastrik ini.
Amalkan meminum susu kambing yang baru
diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu
kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.
2. Daun betik
Ambil sehelai dua daun betik rambai atau
akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum
setiap hari sebelum masuk tidur.
3. Akar patawali
Akar patawali juga boleh dijadikan
sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar
patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang
akar patawali adalah sangat pahit.
4. Selaput tunggul
Ambil tujuh helai daun selaput tunggul.
Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air
berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.
5. Daun sembong
Ambil daun sembong sebanyak lima helai
dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal
kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan
meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.
6. Daun mengkudu
Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.
7. Daun bunga lili
Layurkan daun lili ke atas sapu.
Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil
sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala
daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.
8. Tempurung kelapa
Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua
dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya.
Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.
No comments :
Post a Comment