Dubur terkeluar biasanya berlaku apabila seseorang itu mengalami
penyakit buasir tahap hampir kronik , dan pernah juga dialami oleh
wanita yang melahirkan anak.Kisah bernar ini pernah berlaku pada seorang
anak jiran aku namanya bedah (bukan nama sebenar) yang baru-baru ini
telah melahirkan anak keduanya.Tak pasti dimana silapnya dia meneran
sehingga dubur terkeluar (terasa seperti buang air besar). Doktor pulak
pesan "takpe nanti datang kehospital balik selepas jahitan kering" nak
buat ape pun tak boleh sebab dia baru melahirkan anak , luka pun tak
kering lagi. Bayangkan bedah terpaksa menanggung kesakitan dan rasa
kurang selesa beberapa hari atau mungkin beberapa minggu atau beberapa
bulan.
Ibu aku dengan segeranya mngarahkan seorang dari ahli keluarganya membeli majakani , lebih kurang macamni ayat beliau..
"suruh sape-sape beli majakani sekarang jugak , beli sekilo..(mood memaksa) basuh , keringkan . Dah kering blend (kisar kering) buat macam bedak sejuk dan tepek kat dubur.. "
"Ade lagi..!!..sebahagian lagi (majakani yang tak di blend) masukkan majakani kedalam nasi yg hampir tanak (kira macam kukus majakani) dan makan , sehari satu biji..!!"
Memangla pahit mak tuan, tak taula nak cakap macammana pahitnya sebab aku sendiri pun tak berani nak makan. Tapi yang pahit itu kan ubat.Sebab nak sembuh bedah melalui jua cabaran memakan majakani.
"suruh sape-sape beli majakani sekarang jugak , beli sekilo..(mood memaksa) basuh , keringkan . Dah kering blend (kisar kering) buat macam bedak sejuk dan tepek kat dubur.. "
"Ade lagi..!!..sebahagian lagi (majakani yang tak di blend) masukkan majakani kedalam nasi yg hampir tanak (kira macam kukus majakani) dan makan , sehari satu biji..!!"
Memangla pahit mak tuan, tak taula nak cakap macammana pahitnya sebab aku sendiri pun tak berani nak makan. Tapi yang pahit itu kan ubat.Sebab nak sembuh bedah melalui jua cabaran memakan majakani.
Akhirnya setelah beberapa hari menepek dan memakan majakani
Alhamdulillah bedah semakin sihat , dubur yang terkeluar mengecut tak
perlu dah buat rawatan kehospital.
Kalau ada sesiapa dikalangan anda mengalami musibah seperti diatas
bolehla cuba jangan berlengah lagi. Lagipun bahan semula jadi lebih
selamat dari ubat - ubatan yang mengandungi bahan kimia. Cara merawat
buasir juga sama seperti merawat dubur terkeluar.Apepun kita hanya
berikhtiar dan hanya Allah yang mampu menyembuhkan,untuk itu selingilah
dengan doa agar usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatannya.
Sebahagian petikan dari khasiat majakani.
Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
- Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
- Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
- Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
No comments :
Post a Comment