Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Tuesday, 8 January 2013

Petua hilangkan sengugut

Senggugut..? Senggugut sangat sinonim dengan wanita. Ada wanita yg pernah merasai kesakitan akibat senggugut dan ada sesetengahnya langsung tak pernah mengalami atau merasainya..Untungkah mereka..? Untung la sebab tak merasa sakit seperti yg pernah mengalaminya. Ada sesetengah senggugut tu boleh memudaratkan. Misalannya, ia berterusan sehingga satu atau dua hari. Dan ada yg terpaksa ponteng kerja/kuliah/kelas sebab tak tahan menanggung sakit akibat dari senggugut. 

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yg dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yg teruk manakala yg lainnya cuma kesakitan yg agak sederhana atau sedikit. 
Apa yang menyebabkan dismenorea?
Wanita/gadis mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mengalaminya apabila berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi dismenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya..

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.



Petua 6

Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita. Kan madu ubat segala penyakit?

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...