Nampaknya telefon pintar terbaru daripada Nokia akan didatangkan sekali
teknologi pengecasan tanpa wayar (wireless charger). Mengikut sumber
daripada The Verge, beberapa gambaran awal telah pun tersebar
menunjukkan bagaimana teknologi ini beraksi. Peranti pengecas ini
kelihatan hampir menyerupai sebuah tetikus (mouse) dan sekiranya anda
ingin mengecas telefon pintar Nokia Lumia, anda hanya perlu meletakkan
telefon pintar anda di atas peranti ini. Secara automatik telefon pintar
ini akan mula dicas. Teknologi yang sama juga pernah dipersembahkan
oleh Samsung ketika pengumuman Galaxy S3 suatu ketika dahulu. Namun,
peranti ini dijual berasingan. Masih belum dapat dipastikan lagi sama
ada peranti pengecas tanpa wayar daripada Nokia ini bakal didatangkan
bersama.
Terdapat dua jenis telefon pintar yang akan diperkenalkan oleh Nokia
pada hari esok iaitu Lumia 820 dan 920. Gambar di atas merupakan
jangkaan awal bagaimana ia akan kelihatan (kiri : Lumia 820; kanan Lumia
920). Khabar angin mengatakan bahawa Nokia Lumia 920 bakal mempunyai
saiz storan sebesar 32GB bersama-sama cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz
dan 1GB RAM. Saiz skrinnya juga bakal menjadi lebih besar dengan ukuran
4.5 inci. Lumia 920 juga mungkin akan menerima teknologi PureView namun
ia tidaklah sehebat PureView 41 megapixel seperti yang terdapat pada
Nokia PureView 808. Apa yang pasti kedua-dua telefon pintar daripada
Nokia ini akan menggunakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft
iaitu Windows Phone 8.
Nokia Lumia 920 - Spesifikasi Umum:
Sistem Pengoperasian:
Windows Phone 8
CPU:
Snapdragon™ S4 processor
CPU 1.5 GHz Dual Core
Saiz:
Saiz:
130.3mm x 70.8mm, Ketebalan: 10.7mm
Berat: 185gram
Paparan:
AMOLED 768 x 1280 pixels, 16.7million
4.5 inci HD (~326 ppi )
Corning Gorilla Glass
Berat: 185gram
Paparan:
AMOLED 768 x 1280 pixels, 16.7million
4.5 inci HD (~326 ppi )
Corning Gorilla Glass
Memori:
1GB RAM
32 GB memori dalaman, 7GB SkyDrive
Kamera:
8.7 MP dengan Teknologi PureView
8.7 MP dengan Teknologi PureView
Kamera hadapan: 1.3 MP
Sambungan Data / Wireless:
Near Field Communication (NFC)
Bluetooth 3.1
WiFi Channel Bonding
WLAN IEEE 802.11 a/b/g/n
Qi Wireless charging
No comments :
Post a Comment