Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Sunday, 4 November 2012

Google Perkenalkan Peranti Pengecas Tanpa Wayar Untuk LG Nexus 4

Teknologi pengecasan tanpa wayar kini mulai digunakan oleh Google. Nokia memperkenalkan pengecasan tanpa wayar untuk dua peranti terbaru mereka – Nokia Lumia 920 dan Nokia Lumia 820. Kini Google mengikut jejak langkah Nokia dengan memperkenalkan Nexus Wireless Charging Pad – peranti khas yang menggunakan teknologi pengecasan tanpa wayar untuk produk-produk di bawah barisan jenama Nexus. Gambar peranti pengecasan tanpa wayar untuk telefon pintar LG Nexus 4 mulai tersebar di internet.
 Rupa reka bentuk peranti pengecas itu sama seperti yang Anda lihat dalam gambar di atas walau begitu kami masih sangsi kerana ia bukan diperkenalkan oleh Google sebaliknya disebarkan oleh peminat Nexus. Sekali imbas rupanya menyamai Nexus Q. Cara pengecasan amat mudah – hanya dengan meletak peranti di atas Nexus Wireless Charging Pad. Kemungkinan besar peranti pengecasan tanpa wayar ini akan diperkenalkan dalam sidang media rasmi Google pada 30 Oktober 2012 nanti. Masih belum ada pengesahan sama ada pengecas Nexus benar-benar akan digunakan atau tidak. Yang tak bestnya, jika Anda berpergian ke mana-mana, Anda terpaksa membawa sekali peranti pengecas tanpa wayar ini yang saiznya lebih besar dari charger biasa. Lebih sesuai guna di rumah atau di pejabat sahaja.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...