Peel P50 merupakan
kereta yang telah tersenarai di dalam buku Guinness World Records
sebagai kereta jalanan yang terkecil di dunia. Setelah dilancarkan
semula, ia di buat agar kelihatan kecil namun efisyen. Peel merupakan
sebuah kereta yang dibuat dengan tangan pada awal tahun 1960-an.
Kenderaan ini telah
direka oleh Cyrill Cannell. Falsafah Cannell dalam membuat kenderaan
ini adalah ia mestilah mudah untuk dijaga, mudah untuk diletakkan dan
mudah untuk dipandu.
Faizal Khan,
pemilik semasa dan pengarah komersial Peel, telah membawa semula kereta
ini kepada perhatian umum. Syarikat beliau kini menghasilkan Peel yang
benar-benar sama seperti kenderaan yang asal.
Walaubagaimanapun,
terdapat sedikit kelainan pada Peel versi baru ini di mana Khan dan
kumpulannya telah menambah motor elektrik pada kenderaan mini ini.
Menurut Khan dan James Buggle (Pengarah Inovasi di Peel), pergantungan
kepada penggunaan bahan api yang sedikit dan efisyen ini lah yang telah
memberi peluang kepada Peel untuk muncul semula.
Mereka juga berkata
ia memberi makna baru kepada konsep kereta hijau. Reka bentuk Peel
didorong oleh falsafah Cannell untuk mempunyai cahaya ultra, kompak
ultra dan kereta yang sangat asas. Membawanya kembali telah membuatkan
syarikat itu kekal dengan prinsip kegunaannya iaitu, mudah, ringan dan
mudah digunakan. Elemen seperti yang terdapat pada kereta versi tahun
1960-an juga turut ditambah pada kenderaan versi baru ini.
Menurutnya lagi,
enjin asal Peel ialah 2 stroke namun telah ditukar kepada 4 stroke bagi
mematuhi peraturan pelepasan. Khan dan pasukannya juga telah menambah
motor elektrik yang diletakan pada bahagian dalam roda belakang.
Ia juga dapat
memberi ruang pada bahagian hadapan untuk diletakkan pek bateri ultra
ringan. Pek bateri berkenaan boleh ditanggalkan dan sangat ringan iaitu
sekitar 17 ke 18 paun sahaja. Peel boleh bergerak sejauh 20 kilometer
dengan sekali cas.
Sebanyak 3 pek
bateri boleh diletakkan dalam Peel P50 dan sekaligus boleh meningkatkan
jumlah perjalanan sebanyak 60 ke 80 kilometer. Selain itu, bateri juga
boleh dicas dengan menggunakan soket standard seperti yang terdapat di
dalam rumah.
p/s: Kereta ni kalau parking dalam rumah pun tak ada masalah rasanya..Hehehe..
No comments :
Post a Comment