Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Tuesday, 18 September 2012

Syaitan dan Jin

1.Dari Ibn Masud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang pun dikalangan kamu melainkan bersamanya Qarin dari Jin"Mereka berkata: Engkau juga wahai Rasululah s.a.w. Sabda baginda: "Ya begitu juga aku, melainkan Allah membantu aku ke atasnya lalu ia telah Islam, maka ia tidak menyuruh aku melainkan dengan kebaikan.

2. Dari Abi Said al Khudri r.a berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku melihat kamu sukakan kambing dan kampung. Maka apabila kamu berada di tengah kambing dan kampung kamu, maka kamu azan untuk solat maka angkatlah suramu untuk azan, kerana tidak mendengar panjangnya suara muazzin oleh Jin, manusia dan sesuatu melainkan akan menyaksikaanya pada hari kiamat.

3."Jin itu ada tiga jenis: Jenis yang terbang di udara, jenis ular dan anjing, jenis yang bermukim dan jenis yang berpindah randah"
4.Dari zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s.aw bersabda: "Sesungguhnya tempat ini ada Jin, maka apabila seseorang kamu mendatangi tandas hendaklah berdoa: Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaiton jantan dan betina"

5.Dari Qatadah dari Abdullah bahawa nabi s.a.w bersabda: "jangan seseorang kamu kencing dalam lobang" (muslim dan Nasaie)

6.Hadis Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanan, dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya, kerana syaiton makan dan minum dengan tangan kirinya"
ketika Sabda Rasullullah:



7.Apabila seseorang kamu masuk ke rumahnya, lalu ia menyebut nama Allah Taala ketika memasukinya dan ketika makannya, berkata syaiton: Tiada tempat tinggal untuk kamu wahai syaiton,dan tiada makan. Dan apabila tidak disebut Allah ketika masuk, berkata syaiton: kamu ada tempat tinggal. Dan apabila tidak disebut Allah maka berkata syaiton: Kamu mendapat tempat tinggal dan makanan.
8."Sesungguhnya Jin merasuk manusia dengan sebab syahwat, hawa nafsu dan asyik (syok) sebagaimana berlaku antara sesama manusia. Kadang-kadang Jin dan manusia berkahwin sama, dan melahirkan anak. Ini banyak berlaku".
9.Rasulullah s.a.w bersabda: "Dari Sa’id al Khudri berkata: adalah Rasulullah s.a.w apabila bangun pada waktu malam, lalu memulakan solat, bertakbir dan membaca: (سبحانك اللهم وبحمدك تبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك )kemudian membaca(لا إله إلا الله ) tiga kali kemudian berkata: (أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه“. ) . 
10.mengganggu dalam solat -
Rasulullah bersabda kepada saidina Uthman ibn Abi al ‘Ash ketika saidina Uthman berkata kepadanya: "Sesungguhnya syaiton menghalang antara aku dan solatku dan bacaanku, ia (syaiton) menganggu aku".


Sabda Rasulullah s.a.w :"itulah syaiton yang dipanggil khinzib".Maka apabila engkau merasakannya hendaklah engkau mohon perlindungan kepada Allah darinya dan menghembus kesebelah kirimu tiga kali.
11.Mengganggu dalam mimpi.
Dari Sa’id al Khudri r.a bahawa ia mendengar nabi s.a.w bersabda:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أنه سمع النبي يقول ”إذا رأى أحدكم رؤيا يحبها فإنما هي من الله. فليحمد الله عليها وليحدث بها. فإذا رأى غير ذلك مما يكره فإنما هي من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره“ (أخرجه البخاري)

"apabila seseorang kamu bermimpi mimpi yang ia sukai, maka ia dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya. Maka apabila ia bermimpi selain itu daripada perkara yang ia benci, maka ia hanyalah dari syaiton, maka berlindunglah dari kejahatannya dan ia tidak menyebutkannya kepada seseorang, kerana sesungguhnya ia (mimpi tersebut) tidak akan memudharatkannya" (Bukhari).

 12.Dari Abi Hurairah r.a: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Syaiton mengikat simpul tengkuk seseorang kamu apabila ia tidur dengan tiga simpulan yang ia ikat kepadamu setiap tempat simpulan pada malam yang panjang lalu kamu tertidur. Maka jika ia bangun lalu menyebut Allah terungkai satu simpulannya, maka jika ia berwudhu’ terungkai satu simpulan lagi, dan jika ia sembahyang terungkai satu lagi simpulan, maka dengan itu jadilah ia cergas ceria, jika tidak jadilah ia jiwa yang buruk lagi malas.
13. Was- was
Asal was-was: iaitu gerakan atau suara halus yang tidak disedari, maka hendaklah ia berjaga diri darinya. Ia juga: lemparan yang tersembunyi dalam diri samada dengan suara yang tersembunyi yang tidak didengari melainkan oleh orang yang didatanginya. Adapun tanpa suara sebagaimana syaiton mendatangkan was-was kepada hamba.

 
14. Lupa
Syaiton mendatangkan was-was kepada manusia sebagaiman yang telah lalu. Maka apabila bertambah was-was dari syaiton kepada seorang hamba, lalu akan lupa apa yang diperintahkan oleh tuhannya.


15.Berkata teman nabi Musa kepada Musa a.s:
(al Kahf 63) 
Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.
 
16. meragu-ragukan tauhid.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ”يأتي الشيطان أحدكم فيقول من خلق كذا ومن خلق كذا. حتى يقول من خلق ربك. فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته“ (رواه البخاري).


Dari Abi Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Syaiton mendatangi sesorang kamu, lalu ia berkata siapa yang menciptakan ini, siapa yang menciptakan ini, sehingga ia berkata siapa yang mencipta Tuhan. Maka apabila sampai kepadanya ke peringkat itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah, dan hendaklah ia berhenti. (Bukhari).
 17. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.

Imam Ibn Taimiyah r.h berkata: "sesungguhnya Syaiton adalah asal Jin sebagaimana Adam adalah asal manusia".

Syaiton tidak boleh menguasai hamba-hamba Allah.
Syaiton tidak mempunyai kuasa untuk memaksa manusia kepada kesesatan dan kekufuran dan Allah tidak memberinya kuasa tersebut.


Allah berfirman:
(al Isra’ 65)
65- Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Saba’21)
21- Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Tetapi syaiton menguasai hamba-hamba yang suka mengikutnya.
Allah berfirman:
(al Hijr 42).
42- Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Kemudian selepas itu syaiton berkata kepada hamba-hambanya dan pengikutnya yang membinasakan mereka dan menyesatkan mereka.
(Ibrahim 22)
22- tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu;
(an Nahl 100)
100- Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
18."Sesungguhnya aku benar-benar melihat jin dan Syaiton lari daripada Umar.Dan ini tidaklah dikhususkan kepada saidina Umar sahaja, tetapi kerana kepada sesiapa sahaja yang kuat imannya menetang syaiton.

19."Sesungguhnya mukmin pasti menggenggam umbun-umbun syaitonnya sebagaimana seseorang kamu memegang untanya dalam perjalanannya"

20.Syaiton menguasai mukmin yang berdosa.
Abu al farj Ibn al Jauzi meriwayatkan kepada kita dari Hasan al Basri r.a berkata:
"Ada di sana sebuah pokok yang disembah selain Allah. Datanglah seorang lelaki bekata: "Aku akan potong pokok ini. Maka pergilah ia memotongnya dengan kemarahan kerana Allah. Maka datang Iblis bertemunya dalam rupa manusia, lalu berkata apa yang kamu mahu?. Berkata lelaki itu: Aku hendak memotong pokok yang engkau sembah selain Allah. Berkata Iblis kepadanya: Apabila Engkau tidak menyembahnya, maka apa yang memudharatkan engkau orang yang menyembahnya?, berkata lelaki tersebut: pasti aku akan memotongnya.
Berkata syaiton kepadanya: hendakkah engkau memiliki sesuatu yang lebih baik untukmu? Jangan engkau potongnya dan engkau akan mendapat dua dinar setiap hari diatas bantalmu apabila engkau bangun pagi.


Berkata lelaki tersebut: Dari mana aku akan dapatkannya. Berkata syaiton: Aku berikan untukmu.Maka kembali ia, maka pada waktu pagi dia dapati dua dinar pada bantalnya.
Kemudian pagi berikutnya ia tidak dapati sesuatu, maka pergilah ia dengan marah untuk memotong pokok tersebut.


Lalu syaitan merupakan dirinya, dan berkata: Apakah yang engkau hendak?
Berkata lelaki tersebut: Aku hendak memotong pokok yang disembah selain Allah.
Berkata syaiton: Engkau dusta, Engkau tidak boleh melakukannya.Lalu ia pergi untuk memotongnya, tetapi ia terjatuh. Syaiton mencekiknya hingga hampir ia membunuhnya.
Berkata Syaiton:" Tidakkah engkau mengenali aku? Aku adalah syaiton yang engkau datang kali pertama dengan kemarahan kerana Allah, maka aku tidak boleh mengalahkan engkau, lalu aku perdaya engkau dengan dinar, maka engkau meninggalkannya. Maka ketika engkau datang kerana dua dinar maka aku menewaskan engkau"
 


bagaimana menewaskan syaitan :
  1. memelihara wudhuk sebelum tidur.
  2. memelihara solat witir sebelum tidur.
  3. memelihara membaca ayat kursi sebelum tidur dan selepas setiap solat.
  4. Memelihara tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali selepas setiap solat dan sebelum tidur.
  5. memelihara membaca doa tidur.
  6. (باسمك اللهم وضعت جنبي وبك أرفعه. إن أمسكت نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين)
  7. "Dengan namaMu ya Allah aku letakkan lambungku dan denganMu aku bangun. Sekiranya Engkau genggam jiwaku maka kasihilah ia, dan sekiranya Engkau sambungkan, maka peliharalah sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang solih"
  8. memelihara semua bentuk ketaatan dan mengikhlaskan niat kepada Allah.
  9. Memelihara membaca sebahagian ayat-ayat zikir.
 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...