Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Monday 24 September 2012

Pertandingan Boling Anjuran AKRAB Bachok

assalamualaikum,Pada sabtu lalu (22/09/2012) berlangsung satu pertandingan boling anjuran Kelab AKRAB Bachok yang dikekolakan oleh 9W2JKI dan 9W2ZAM.Pertandingan yang sepatutnya dimulakan pada jam 2.00 petang terpaksa ditunda sehinggan menghampiri jam 4ptg(lebih kurang jam 3.45).tidak tahu dimana silapnya kami sebagai peserta terpaksa menggungu agak lama dan membuang begitu banyak masa untuk memulakan pertandingan dan kebanyakan dari perserta mula 'down' akibat terlalu lama menunggu.Kehadiran pada hari pertandingan amat mengecewakan kami apabila ahli kelab yang menganjurkan pertandingan hanya dihadiri oleh 3-4org sahaja dan kebanyakkan peserta disertai oleh kelab ARKB.ini menunjukkan seolah2 kami di ARKB yang menganjurkan pertandingan ini.agak kecewa juga kami sebagai peserta terpaksa menanti lebih lama apabila ramai peserta tidak hadir dan pihak pengurusan pertandingan mengambil masa agak lama untuk diselesaikan..malahan penganjur kejohanan sebenar 9W2JKI tiada ketika kejohanan berlangsung.diharap jika berlaku penganjuran apa sahaja pertandingan melibatkan rakan-rakan amatur,pihak penganjur lebih effektif,tepati masa dan cepat bertindak.agar tiada rakan2 bersunggut dibelakang..itu sahaja...maaf jika pihak penganjur terasa atas nukilan saya.ini semua hanya secoret luahan hati rakan-rakan yang menghadiri pertandingan tersebut.apa-apa pon tahniah juga buat penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini sehingga tamat,malahan hadiah yang disediakan juga agak lumayan..saya kongsikan saat-saat pertandingan ini berlangsung..

Majlis : Pertandingan Boling Anjuran AKRAB Bachok
Tempat: Mutiara Boling,Billion
Tarikh : 22 Sept 2012
Waktu : 3.30ptg(sepatutnya 2.00 ptg)



menanti dan terus menanti...








perbincangan pada hari pertandingan???siapa pengajur sebenarnya ni??


semangat dah down tp masih dpt senyum bila bergambar..









geng berasap..sambil tunggu nak mula..

akhirnya bermula jgk....


























No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...