Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Saturday, 22 September 2012

Innocent of Muslim: Umat Islam memang menghina Nabi!


Usaha Barat menghina Islam bukanlah suatu yang baharu. Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan, termasuk karikatur Nabi, mempropagandakan umat Islam sebagai pengganas, mewujudkan Islamphobia, dan pelbagai sekatan terhadap amalan Islam seperti di Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain.


Setiap kali isu penghinaan ini berlaku umat Islam akan memprotes, ia lah, kita diwajibkan mempertahankan maruah dan kesucian agama kita. Begitu juga penghinaan yang berlaku dalam negara sama ada dicetuskan oleh parti politik tertentu atau orang perseorangan, seperti adanya paderi yang berceramah menghina amalan haji sebelum ini. Proteslah, buatlah apa yang patut selagi ada tangan dan kuasa untuk bertindak. Berdosa kita mendiamkan diri dan membiarkan agama kita dihina, meskipun hanya protes secara diam, sekurang-kurangnya tiada keredhaan di dalam hati.
Namun apa yang menghairankan, sedarkah umat Islam, ramai atau banyak kalangan umat Islam sendiri sentiasa menghina Nabi Muhammad, penghinaan ini terus berlaku dari zaman awal Islam hinggalah kiamat. Pelbagai bentuk penghinaan terhadap ajaran Nabi Muhammad dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sangat ketara dan tiada protespun, malah tidak dihindari, dan lebih teruk lagi disanjungi.
Tidak payah pergi jauh, di Malaysia sahaja, penghinaan-penghinaan terhadap Nabi Muhammad sangat berleluasa. Antaranya:
1. Tidak solat atau bersolat tidak cukup waktu tidak kira lelaki atau perempuan, ada juga yang ke masjid (lelaki) pada hari jumaat kerana malu kepada rakan sekerja tapi tidur di dalam masjid, ini saya ketahui sendiri di sebuah masjid, bersepah tidur di bahagian bawah masjid, bukankah itu satu penghinaan yang besar terhadap ajaran Nabi Muhammad?
2. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atau berpuasa kerana terpaksa.
3. Lebih ketara lagi ialah tidak menutup aurat yang kebanyakannya perempuan. Bersepah sana sini, dari golongan pemimpin, profesor, gabenor, artis,  hinggalah orang awam…. dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah bahkan berasa megah yang kononnya liberal dan moden, mereka ini telah menghina bukan Nabi Muhammad tetapi ajaran al-Quran sendiri, kadang-kadang belajar tinggi menggunung tetapi perkara yang mudah dan simple tidak boleh diamalkan, mungkin tiada hidayat  namun hidayat perlu dicari bukan dinanti. Apakah penghinaan yang lebih buruk daripada ini? Oh…. menutup aurat tidak termasuk dalam tujuh dosa besar, nanti buat amal lain maka boleh terhapuslah dosa ini… benarkah? Apakah jaminan dosa-dosa ini diampunkan? Jika dosa kecil dihimpunkan dan tidak sempat bertaubat nasuha, ia akan menjadi dosa besar juga.
4. Pergaulan bebas yang berleluasa dan menyebabkan perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi yang berleluasa pada ketika ini, perkara ini lebih hina dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah betullah tidak bertamadun, tiada ajaran Islam lagi, apabila Islam datang, mereka menghentikan tabiat membunuh anak perempuan ini. Pada zaman ini yang dilahirkan sebagai Muslim, tak kira anak lelaki atau perempuan, disumbat dalam tandas, ditanam hidup-hidup, dibuang di dalam tong sampah, dan paling tragis baru-baru ini dicampak dari tingkat tiga, perilaku umat Islam kini lebih teruk dari binatang yang memelihara dan menyayangi anaknya meskipun tiada jaminan kewangan atau keselamatan. Apakah penghinaan terhadap agama yang lebih teruk daripada ini? Tapi jika dikaji asal-usul pergaulan bebas ini dalah dari permasalahan keluarga dan suasana dalam negara sendiri yang menggalakkan pergaulan bebas. Misalnya lihat sahaja setiap tahun, bulan 8-9 adalah masa pembuangan bayi. Ini adalah rentetan dari sambutan Tahun Baru 8-9 bulan sebelum ini. Anak muda dibiarkan berpeleseran dan pelbagai program sambutan hingga tengah malam dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang langsung tiada islamiknya.
Dan pelbagai jenayah malah ribuan jenayah lagi dilakukan oleh orang Islam seperti rasuah, mengunjungi pelacur, manipulasi, menolak ajaran Al-Quran dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh orang ‘besar’. Pelbagai jenayah lagi secara kecil-kecilan. Bolehkah mereka menganggap mereka tidak menghina Nabi Muhammad jika melakukankanya? Banyak perkara yang berlaku di dunia ini atau di Malaysia sahaja yang saya sendiri tak faham, jangan salahkah Tuhan jika bala datang. Bala boleh datang pelbagai bentuk.
Sekadar mengingati diri sendiri dan orang yang mahu menerima pengajaran.
Wallahuaklam.

sumber asal :klik sini

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...