TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR
(KEBAIKAN YANG BANYAK)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)
2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur)
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya)
KETERANGAN SURAH AL KAUTSAR
Surah Al Kautsar bererti kebaikan yang banyak dan merupakan surah yang 108 di dalam Al Quran. Mengandungi tiga ayat sahaja. Ia dinamakan Al Kautsar kerana Allah swt telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad dengan kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat.
No comments :
Post a Comment