Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Thursday 19 July 2012

Reviu Produk: Walkie talkie boleh SMS

SETIAP organisasi yang menyediakan perkhidmatan kecemasan, logistik dan keselamatan memerlukan tahap koordinasi dan perhubungan tinggi dihubungkan melalui sistem komunikasi lasak dan boleh dipercayai.
Ia bermakna, fungsi perhubungan radio sehala atau walkie talkie memenuhi keperluan terbabit dengan cekap dan berkesan selain meningkatkan faedah kepada perniagaan.
Kami di it@Metro bertuah kerana dapat menguji penyelesaian Motorola menampilkan walkie talkie nipis yang jauh berbeza dengan produk lain di pasaran.

Jenama MOTOTRBO SL1K memang tidak kelihatan seperti walkie talkie biasa apabila ia kecil dan senipis 41.1milimeter (mm) dengan saiz keseluruhan 130.3 x 55.2 x 41.1 mm dan beratnya pun kurang 355 gram.


Fungsinya yang serba berkuasa memungkinkan radio MOTOTRBO SL1K direka untuk memenuhi keperluan komunikasi pelanggan dalam bidang hospitaliti, perkhidmatan, keselamatan dan industri lapangan terbang.

Ia sedikit berat berbanding purata telefon pintar anda tetapi reka bentuk nipis menjadikannya pilihan yang baik.

Malah, ia membenarkan pengguna menaip khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menggunakan rangkaian satelit malah mampu disambungkan ke mana-mana aksesori lain seperti fon telinga dengan mudah.

Penguji mengecasnya untuk tempoh dua jam namun ia mampu bertahan sehingga lapan jam walaupun penggunaan kerap dilaksanakan.

Jaraknya pun boleh tahan iaitu melebihi lima kilometer setakat yang kami uji di samping kejelasan audio memang mengagumkan.

Anda seakan tidak menyangka ia sebuah walkie talkie apabila setiap butir perkataan jelas bersuara di pembesar suara peranti ini.

Peranti ini mampu dihasilkan apabila dunia beredar dari zaman industri analog ke digital yang dipacu penggunaan rangkaian untuk menambah baik kecekapan kerja dan produktiviti.

Ia sesuai untuk syarikat yang sentiasa perlu berhubung antara satu sama lain dengan pantas dalam persekitaran bising bagi mengekalkan kecekapan dan tahap respons yang tinggi sebagai pasukan.

Penyelesaian perhubungan radio digital MOTOBRO SL1K berfungsi dengan berkesan selain sistem perhubungan radio dua hala ini mudah dibawa, kos pemasangan yang rendah, mudah diguna, mudah diuruskan serta masa bercakap tanpa had menjadikannya penyelesaian yang terbukti untuk membolehkan organisasi menguruskan aktiviti dengan baik.

Sistem ini tidak memerlukan pemasangan prasarana sokongan yang rumit atau rangkaian awam berasaskan langganan yang mungkin tidak dapat menyediakan sokongan sepenuhnya.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah tetapkan rangkaian dan cas sebelum digunakan, itu saja!

Sebenarnya penggunaan MOTOBRO SL1K memang diharapkan apatah lagi penggunaan spektrum analog tidak begitu cekap berbanding digital, jadi sistem terbabit menjadi peningkatan yang semula jadi apabila kapasiti mula menjadi isu.

Produk ini tidak dijual secara terbuka jadi sasarannya lebih kepada syarikat atau organisasi yang berminat saja.






>INFO:

PENGELUAR: Motorola
PERTANYAAN: Motorola Solutions

ref: Metro online

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...