Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Saturday 14 July 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

    Pada 14/07/2012 bertempat di Masjid Al-hakim  belia Taman tanjung Chat dengan kerjasama Majlis Agama ISlam Kelantan telah menganjurkan satu kursus pengurusan jenazah

Penerangan serba sedikit

Tugas-Tugas dan tanggungjawab yang hidup keatas si mati
a.Memandikan
b.mengkafankan
c.sembayangkan
d.Kebumikan





















   1.Hamparkan kain putih di tempat uang lapang
   2.kain kafan wajib di gunakan untuk menutupi si mati sebanyak 1 lapisan
     a.sunat 3 lapisan untuk lelaki(temasuk baju jika ada)
     b.sunat 5 lapisan untuk wanita (temasuk baju jika ada)
hamparkan kain kafan di tempat lapang

tali pengikat diletakan dibawah kain kafan

serbuk kayu gaharu dan air mawar di tabur dan direnjis diatas kain
lipat dan letak ditempat yang bersih

Cara Menanggalkan pakaian Si mati
1.Tutup jenazah dengan kain Batik lepas atau pon sebarang kain yang boleh menutupi jenazah
2.barulah pakaian asal jenazah dilucutkan
3.hati-hati ketika membuang pakaian jenazah.pastikan aurat jenazah dijaga dan hanya mereka yang terlibat sahaja dibenarkan







Memandikan Jenazah
1.seelok2nya jenazah dipangku ketika memandikan
2.cuci keseluruhan anggota badan jenazah.
3.buang semua kotoran yang terdapat pada jenazah
4.ambikan wudhuk untuk jenazah
5.cuci dan bilas jenazah dengan air mutlak sebanyak 3 kali.ratakan keseluruhan badan jenazah.iringkan kekiri dan kekanan untuk air melalui keseluruhan tubuh jenazah
6.cuci dan bilas jenazah dengan air mawar sebanyak 3 kali.ratakan keseluruhan badan jenazah.iringkan kekiri dan kekanan untuk air melalui keseluruhan tubuh jenazah
7. cuci dan bilas jenazah dengan air kapur barus sebanyak 3 kali.ratakan keseluruhan badan jenazah.iringkan kekiri dan kekanan untuk air melalui keseluruhan tubuh jenazah

 8.semasa memandikan jenazah.rata2kan air ke seluruh tubuh jenazah DAN PASTIKAN meratakan air tersebut dibawah kain yang digunakan untuk menutupi jenazah.Pastikan Aurat Jenazah dijaga.

9.Lap keseluruhan tubuh jenazah
10.Angkat Jenazah dan letakkan di tengah2 kain kafan


11.letakkan kapas pada setiap sendi jenazah spt siku,lengan,kaki dan lain-lain



12.setelah siap balut sendi2 jenazah dengan kapas.Balut jenazah dengan kain kafan untuk lapisan pertama.muka jenazah tidak ditutup kemas agar memudahkan untuk dibuka.Mulakan pada sebelah kiri jenazah.pastikan kain setiasa tegang.tidak berkedut
**cara ini bg memudahkan ahli keluarga melihat simati buat kali terakhir.


13.Lapisan Kedua.lakukan seperti lapisan pertama tadi (langkah 12)
14.Lapisan ketiga .lakukan seperti lapisan pertama tadi (langkah 12)
15.Jenazah perlu diikat pada 5 tempai
  1 dikepala
  1 dikaki
  3 dibadan





16.ikatan perlulah diikat pada sebelah kiri jenazah kerana
 i.pengikat perlu dibuka kembali apabila diturunkan dalam lubang kubur
 ii.Pipi jenazah perlulah bersentuhan dengan tanah
iii.Jenazah perlulah diletakan mengiring menghadap ke kiblat
iv.muka jenazah akan dibuka.
v.ikatan ini agar tidak menyiksa jenazah.lalu perlulah dibuka


17.apabila telah siap mengkafankan maka jenazah akan dibawa turun dari rumah.pastikan kepala jenazah dihadapan.laungkan azan sebelum menurunkan  jenazah.

18.orang yang menyambut jezah dalam lubang kubur perlulah berada disebelah kiri.ini bg memudahkan mereka membuka ikatan dan meletakan jenazah mengadap kiblat.

19.Solat Jenazah
 i.mengadap kiblat Jenazah lelaki kepalanya sebelah kiri
 ii.Mengadap kiblat Jenazah perempuan kepalanya sebelah kanan
iii.imam akan berada ditengah jenazah.



**sila rujuk topik Solat Jenazah


selesai..............
maka...mereka pon......

geng2 business man muda

ustaz dan businessman muda
makan..sementara tunggu zohor...alhamdulillah syukur atas Rezeki ALLAH..aminnn



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...