Salam sejahtera semua....
Kali ini aku ingin kongsikan cara mudah bagaimana untuk anda reset
semula throttle body kereta Proton Persona... Cara ini dipercayai untuk
meningkatkan tahap respon kereta anda. Seelok-eloknya sebelum reset
throttle body hendaklah bersihkan dahulu throttle body kereta anda...
Ada yang cuci menggunakan chemical atau hanya sekadar mengelap dengan
kain bersih sahaja.. Biasanya saya hanya mengelap menggunnakan kain
bersih... akan saya tunjukkan cara bagaimana untuk membersihkan throttle
body pada artikel yang akan datang.. Terdapat beberapa langkah mudah
yang perlu anda lakukan seperti di bawah :-
1- Masukkan kunci kereta dan 'on' kan selama beberapa minit, lebih
kurang 2 minit. Jangan hidupkan enjin kereta anda, cukup sekadar semua
lampu isyarat pada meter menyala.
2- Tutup semula suis kereta yang telah dibuka selama beberapa minit tadi.
3- Tekan pedal minyak kereta anda sepenuhnya sehingga jejak ke lantai
dan 'on' kan semula suis seperti pada langkah pertama tadi. Biarkan
selama 10 saat dengan pedal minyak tidak dilepaskan. Anda akan mendengar
bunyi throttle body me 'reset'.
Kebanyakannya akan merasakan perbezaan respon semasa memandu selepas throttle body di reset...
Selamat mencuba..
Mulakan dengan.....
Tuesday, 17 July 2012
DIY - Cara Untuk Reset Throttle Body Campro Proton Persona
Labels:
information
,
learning session
,
off topic
,
technical
,
teknikal
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment