Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Wednesday, 18 January 2012

ApriCON - Scam Vitamin B17/Amygdalin/Laetrile

pertama sekali credit to aidid coz buat research ttg bende ni..mungkin research yg dibuat oleh aidid lebih detail so penerangannya agak panjang berserta bukti2..thanks aidid..aku pon baru tau ttg ni..jom kita sama2 baca dan ambik ilmu ni agar berguna kemudian hari...
ps:harap bersabar bile bace artikel yg panjang lebar ni...


<<----------------------------------------------------------------------------------------------------->>

Selama setahun kebelakangan ini, aku ada banyak ditanya tentang produk yang mewar-warkan kebaikan Vitamin B17 kepada kesihatan manusia, khasnya di dalam rawatan kanser. Setiap kali ditanya, setiap kali la aku mengeluh... dan kengkadang menyumpah, dan sesekali terpancut jugak "doa" supaya scammers mat rempit yang menjual produk sebegini cepat-cepat mati accident sambil dia tengah buat wheelie (jadi kureng sket manusia yang kena racun daripada produk scam sebegini). Apehalnya bang ramai sangat mat rempit dan minah klepet dikalangan umat meleis terlalu ramai yang perasan nak jadi duktuuur, tapi SPM dulu dapat gred 3 atau 4, dan lepas sekolah hanya layak jadi... well, mat rempit dan minah klepet? Main jual aje produk ntah hape-hape, ikut aje la buta-buta apa sahaja yang diperkatakan oleh syarikat pengeluar produk atau upline MLM yang menjual produk scam Vitamin B17 ni. Lepas tu buat promosi merapu, yang menjanjikan penyembuhan kanser dan lain-lain lagik janji yang tinggi melangit, sedangkan sekor-sekor tak tahu sepatah haram cerita sebenar (dari segi sains dan perubatan) di sebalik produk yang dijual tu. Tak tahu la apa nak jadi sesetengah orang yang suka ya amat cari rezeki dengan cara menganiaya manusia lain tanpa ada ilmu yang mencukupi. MLM, skim piramid, doktor Miki Maus, produk kesihatan scam, penipuan perniagaan online... apekehenye yeop?


Aku dipanggil untuk buat review produk scam di atas. Terasa nak terpancut berak aku bila menengok promosi benda kejadah neh. Gilos brader... main belasah aje la dia orang ni. Sapa "dia orang" ni yang menjual benda scam ni? Hampir 100% umat meleis. Sapa yang nak dibunuh beramai-ramai tu pulak? Umat Melayu.


Ramai orang yang tak tahu-menahu tentang banyak isu perubatan. Ramai jugak yang tahu sana sikit, sini sikit, lepas tu masing-masing sebok nak berniaga menjual produk kesihatan, mahu cari duit lebih... mahu jadi millionaire. Adakah pengetahuan yang sedikit itu mencukupi, dan adakah ianya boleh mengelakkan manusia lain teraniaya? Kalau dah tahu diri itu tiada kelayakan dalam bidang yang diperlukan, jangan la suka-suka memandai-mandai buat keje sebegini dik, bang, kak. Tak berkat hasil rezeki sebegini. Kalau produk kesihatan itu pulak boleh membahayakan kesihatan pesakit - kan ke dah jadi haram hasil keuntungan perniagaan sebegini? 


Dan apehal la pulak Prof. Madya Syed Zainal Husin Wafa, bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, boleh terlibat dalam syarikat sebegini? It's mind-boggling man! I don't know the real answer, and whoever out there has any contact with the Prof., please ask him what the hell is going on with this bloody thing. Yang aku tahu, scam vitamin B17 ini dah ada terlalu lama di dalam dunia ni. Benda ini dah termaktub sebagai satu penipuan terancang oleh scammers di Amerika sejak tahun 50-an lagik, dan lepas setahun ke setahun, ada aje mala'un scammers lain yang buat scam yang sama, dan lepas setahun ke setahun, ada aje la mangsa yang jatuh sakit dan ada yang mati disebabkan makan racun seperti produk vitamin B17. Sekarang di Malaysia pulak, dah ada syarikat Bumiputra terasa nak jadi geng pembunuh... sambil-sambil boleh buat duit ke atas umat Melayu yang kebanyakannya tak berpelajaran dan tak tahu-menahu bahayanya produk kesihatan sebegini. 

Satu lagik yang kelakar sket - produk scam vitamin B17 ini dipromosikan di barat sebagai penyembuh kanser... itu saja. Nothing more, nothing less. Serahkan aje scam ni kat umat meleis kat Malaya neh - sekarang benda kejadah ni dah jadi penyembuh kanser (Woohoohoo!), dan boleh mencegah dan merawat diabetes, hypertension, gout, buasir... aiyoooooo mak ai! Siyes... kat Amerika produk ini hanya diwar-warkan sebagai rawatan kanser sahaja, tapi kasi kat mat rempit meleis - POOF! Terus jadi produk magik yang boleh merawat 1001 penyakit. Why? Sebab yang menjual produk ini takde ilmu perubatan... ilmu yang dia ada hanyalah ilmu bagaimana nak scam manusia lain, supaya dia boleh dapat duit untung sket. Dan species meleis cukup suka membesar-besarkan cerita bagai nak rak - it's in their blood, so to speak. Well if you aks me...  ini haramjadah punya species manusia bang. Kalau species meleis scammmers start bukak bukak cerita fantasi... untuk jual barang...  memang takleh challenge brader.


Sebelum aku sambung pasal produk scam kat atas, meh aku cite serba sedikit tentang VITAMIN - dan kegunaannya dalam kehidupan manusia dan perkara-perkara lain yang berkait dengannya. Korang tahu cara aku tulis artikel kat blog ni kan? Aku sentiasa berharap apabila korang habis baca artikel mana-mana kat blog ni, selain daripada korang dapat sket-sket joke palat, ada jugak korang dapat sket ilmu yang bermanfaat - dan bukan hanya tahu tentang "the latest scam" aje.

VITAMIN

Vitamin itu adalah suatu sebatian organik yang diperlukan oleh badan manusia (atau organisma lain) di dalam kuantiti yang sedikit (aku ulang... SEDIKIT!), yang mana ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh organisma tersebut, dan perlu didapati daripada makanan yang diambil. Jadi istilah "VITAMIN" itu bergantung kepada dua-dua perkara ini - keperluan dan organisma. Sebagai contoh, vitamin C (asid askorbik) adalah vitamin yang diperlukan oleh manusia, tetapi tidak kepada hampir semua haiwan lain. Istilah vitamin juga TIDAK meliputi sebatian-sebatian nutrien yang diperlukan oleh manusia seperti mineral, asid lemak, dan asid amino essential. Ada terdapat 13 vitamin (sahaja) yang telah termaktub dalam ilmu perubatan, selepas ratusan dan ribuan tahun kajian perubatan di dalam sejarah tamadun manusia yang kita boleh alami dan lihat sendiri sampai ke hari ini, di saat ini. Jangan keliru, jangan cuba nak berfikir yang bukan-bukan, jangan terasa nak buat fantasi - HANYA ADA 13 VITAMIN SAHAJA.

There's no Freemason's conspiracy, there's no alien's conspiracy, there's no pharmaceutical/corporate's conspiracy. It's just not feasible man. Macamana ko nak control beribu-ribu saintis dan doktor di merata ceruk dunia daripada menghasilkan kajian dan yang sentiasa "double-check" kajian saintis lain, dan mereka sentiasa menerbitkan hasil kajian lepas satu-satu, lepas sehari ke sehari... on and on and on. Ko boleh control ahli politik (kasi aje duit dan pepek... jangan lupa rakamkan dengan videocam), ko boleh control sentimen pengguna (buat aje iklan canggih dan buat "sale"), ko boleh control umat manusia majmuk (adakan polis dan askar yang berkuasa mutlak) - tapi dengan golongan saintis yang mementingkan kebenaran dan kejituan dalam ilmu sains dan matematik - how meh? You can, of course... but how far? And what for? 


Ilmu tentang vitamin di dalam bidang perubatan setakat hari ini sudah cukup matang, selepas ratusan tahun dan ribuan kajian dilakukan di merata dunia. (Baik oleh orang kapiaq, mahupun orang hindu, atau orang jepang dan bangsa-bangsa lain, dan termasuklah jugak saintis dikalangan orang muslim... you think muslim do not contribute to medical knowledge huh? Think again). Hanya mereka yang perasan pandai tak bertempat, dan mereka yang ada kepentingan keuntungan scam aje yang akan mereka-reka cerita benda yang lain daripada apa yang telah dipersetujui dan telah diakui oleh beribu-ribu pakar perubatan dan saintis pengkaji di seluruh dunia. Mereka-mereka ini telah mengkaji secara teliti berkenaan sebatian-sebatian vitamin yang wujud di hari ini, dan setiap sebatian tersebut perlu melalui pelbagai proses kajian sebelum ianya disarankan kepada manusia sejagat.

Selama proses kajian tentang vitamin di seluruh dunia sampai sekarang, terdapat banyak sebatian lain yang pada mulanya dianggap sebagai vitamin, tetapi selepas kajian lanjut yang memberikan hasil yang lebih teliti, sebatian-sebatian tersebut kemudiannya di klasifikasikan kepada bahan yang bukan vitamin, tetapi berada di dalam kumpulan nutrien yang lain. Contohnya seperti di dalam jadual di bawah.


Di dalam konteks kumpulan vitamin B-kompleks, ada juga banyak sebatian lain yang pada mulanya disangka sebagai salah satu vitamin B-kompleks, tetapi kemudiannya dipastikan tidak diperlukan oleh badan manusia (atau diperlukan oleh haiwan lain sahaja), dan untuk sesetengah sebatian pula, ianya didapati tidak mengandungi faedah kepada kesihatan manusia, dan sesetengah yang lain didapati adalah sebatian yang toksik. Contoh-contoh sebatian tersebut:

Vitamin B4: Adenine (sejenis nucleobase), dihasilkan oleh badan manusia.
Vitamin B7: Juga dikenali sebagai "enteral factor" (atau Vitamin I).
Vitamin B8: Adenosine monophosphate, dihasilkan oleh badan manusia.
Vitamin B10: Para-aminobenzoic acid (PABA).
Vitamin B11: Pteryl-hepta-glutamic, sejenis asid folik.
Vitamin B13: Orotic acid, sekarang diketahui ianya bukan vitamin.
Vitamin B14: Diisolasi dari air kencing manusia, dipastikan bukan vitamin kemudiannya.
Vitamin B15: Pangamic acid.
Vitamin B16: Dimethylglycine (DMG).
Vitamin B17: Nitrilosides, amygdalin atau laetrile. Sebatian ini didapati dalam benih tumbuhan, kekacang, ubi dan bijirin. Kajian mendapati ianya TOKSIK DALAM KUANTITI BESAR, tetapi ramai "pengkaji di dalam bidang homeopathy dan perubatan alternatif" mengatakan ianya dapat mengelakkan dan menyembuhkan kanser, sedangkan tiada satu bukti kajian sains wujud setakat ini yang membuktikan ianya berkesan. Kajian yang ada semuanya mengatakan ianya adalah sangat toksik dan boleh membawa kepada kemudaratan dan kematian.
Vitamin B18: ?
Vitamin B19: ?
Vitamin B20: Carnitine.
Vitamin B21: ?
Vitamin B22: Ekstrak Aloe Vera. Gunanya? Tak-tau.
Vitamin Bh: Biotin.
Vitamin Bm: "Mouse Factor".
Vitamin Bt: L-Carnitine
Vitamin Bv: Sejenis sebatian B6, tetapi bukan Pyridoxine.
Vitamin Bw: Sejenis sebatian Biotin, tetapi bukan d-Biotin.
Vitamin Bx: Para-aminobenzoic acid.

Nota: Daripada kajian perubatan sehingga ke hari ini, "Vitamin" B16, B17, B18, B19, B20, B21 & B22 tidak didapati berguna di dalam kehidupan manusia atau haiwan - tetapi seperti biasa, ada aje la penganut homeopathy dan perubatan alternatif yang mengatakan ianya berguna untuk badan manusia, tanpa ada kajian saintifik yang munasabah dan terbukti dari segi statistik. Amalan scammers yang sesat jalan, dan yang tak kesah membunuh dan membahayakan manusia lain... demi seciput keuntungan wang-ringgit. What else?

Kegunaan Vitamin Dalam Kesihatan Manusia

Vitamin berguna dalam pembesaran dan perkembangan organisma mulitisel. Di dalam perkembangan embrio di dalam kandungan, fetus mula berkembang dengan bantuan nutrien yang diserap daripada darah ibu. Nutrien-nutrien (termasuk vitamin) membantu di dalam proses dan reaksi kimia yang berlaku, di mana ianya akan menghasilkan tisu-tisu seperti tulang, kulit, otot, tisu otak dan pelbagai tisu lain. Itu sebab ada anak yang dilahirkan cacat, dan ada anak yang gugur separuh jalan - sebab ada ibu yang kurang nutrien/vitamin di dalam pemakanan mereka (to put you all in perspective). 

Kebanyakan vitamin didapati daripada makanan, tetapi ada sedikit datang dari sumber lain. Contohnya: Vitamin K dan Biotin dihasilkan oleh mikroorganisma (bakteria) di dalam usus manusia, dan Vitamin D dihasilkan di dalam kulit manusia dengan bantuan cahaya ultraviolet semulajadi daripada matahari (jadi sapa-sapa yang asyik terperuk kat rumah tu - pegi la keluar rumah kerap sket wei!). Apabila perkembangan dan pembesaran fetus manusia itu telah tercapai, vitamin dan nutrien yang tertentu masih terus diperlukan sepanjang hidup manusia sampailah dianya masuk ke liang lahad, kerana setiap vitamin dan mineral tersebut membantu badan manusia untuk mempergunakan tenaga kimia yang diperolehi daripada makanan yang dimakan, dan ianya juga membantu badan manusia untuk melawan penyakit, dan sekaligus membantu membentuk IQ yang tinggi untuk sesetengah manusia (sapa-sapa yang makan sebarangan tu, sekarang aku harap korang faham kenapa IQ sesetengah manusia itu macam IQ cipan). 

Seperti yang telah aku beritahu di atas, vitamin diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, dan ianya juga diperlukan setiap hari dalam kehidupan manusia - jadi Allah dah jadikan pelbagai sumber makanan yang dapat membekalkan semua nutrien dan vitamin yang diperlukan, jika manusia itu bersyukur dan makan semua makanan yang Allah benarkan (halal) dan makan pelbagai makanan dan bukan hanya makan yang ini dan yang itu - as if you don't believe God know what He's doing. Ada manusia yang vegetarian, ada yang makan babi, ada yang minum alkohol, dan pelbagai situasi lain - yang semuanya bercanggah dengan kehendak Allah ke atas manusia. Dan ada pulak situasi di mana manusia itu makan sesuatu makanan atau minuman dengan cara yang berlebihan - itu pun bercanggah dengan kehendakNya. Allah telah jadikan haiwan dan tumbuhan itu untuk kegunaan manusia - tetapi ada pulak sesetengah manusia yang tak percaya atau tak "confident" dengan apa yang dibekalkanNya, jadi wujudlah makanan yang diproses dikilang dan wujudlah makan tambahan yang pelbagai jenis yang ada dipasarkan sekarang - yang rata-rata adalah satu kaedah untuk buat duit bagi sesetengah manusia itu sendiri. Who are we trying to kid anyway? MonaVie... bah! Herbalife... ass! DDR JustMate5... auuww! You all get what I'm saying?

Budaya Multivitamin Dalam Kehidupan Moden

Jadi untuk memendekkan cerita, kenapakah sesetengah manusia makan makanan kesihatan (health/food supplement) dan kenapa sesetengah doktor perubatan menggalakkan pemakanan tambahan/vitamin, dan sesetengahnya pula tidak menggalakkannya? Ianya bergantung kepada keadaan - tetapi secara dasarnya, kalau seseorang itu makan makanan yang seimbang dengan jumlah karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin yang secukupnya setiap hari, tiada sebab dia perlu untuk makan makanan tambahan whatsoever. Makan nasi berpada, ada lauk seketul, ada banyak sayur, ada sepotong buah, dan minum air yang tiada gula berlebihan - dan adanya kepelbagaian menu untuk setiap hari manusia itu makan, setiap hari dalam kehidupannya - takde sebab ko nak minum MonaVie, makan Herbalife, makan apa-apa multivitamin, EPO, Aloe Vera, Colostrum dan 1001 produk ntahapekejadah yang sebenarnya diproses daripada bahan semulajadi, tetapi dipromosi oleh manusia demi untuk buat bzns... you follow?

Kalau seorang yang malang yang ada penyakit kronik (seperti tuberkulosis, kanser tertentu, anemia, dan lain-lain yang berkaitan), yang tidak dapat makan dengan baik, multivitamin mungkin dapat membantu. Kalau seseorang itu dapat penyakit usus, dan telah melalui pembedahan yang mana surgeon dah potong 5 kaki ususnya dan lepas tu sambung balik - okay, doktor akan kasi dia multivitamin untuk dimakan setiap hari. Kalau seorang ibu yang mengandung setiap tahun satu, dan simpanan nutrien/vitamin dalam badannya mungkin kurang, sudah pasti doktor akan bagi dia vitamin sebab nanti anak dalam kandungannya akan jatuh sakit pulak, atau keluar cacat, atau berlaku keguguran. Dan banyak lagi situasi lain - kecuali untuk seorang manusia normal yang makan dengan normal dan melalui kehidupan normal, nak makan vitamin jugak? What for man?

Korang kena faham kenapa adanya bzns jual multivitamin dan makanan tambahan. IT'S JUST A BUSINESS OF MAKING MONEY. Kalau ada farmasi yang promote kat korang makanan itu dan ini - farmasi tu nak buat duit jek, dan dia tak kesah kalau ko kena penyakit HYPERVITAMINOSIS (penyakit berlebihan vitamin). Kalau penganut MLM nak jual kat korang produk jus buah seperti MonaVie, eXfuze, Vemma, Xango, etc... dia orang nak buat skim piramid parasitik, jangan le buat-buat tak tahu dik. Kalau ada doktor klinik swasta yang promote Appeton atau Champs kat anak-anak korang, sedangkan ko bawak anak ko tu sebab dia demam selsema - mamatnya nak bayar dia punya 525i monthly-installment tu bang/kak, cube le pikio. Doktor yang beretika dan tiada "ulterior motive" hanya akan kasi vitamin/mineral pada pesakitnya hanya kerana pesakit itu memerlukannya, dan bukan sebab mahu isi poket dia sendiri dengan duit berkepok-kepok. Duit ni mana pernah cukup bagi sesetengah manusia tu... asyik nak lagik dan lagik dan lagik. Berlambak doktor begitu erk? Profession lain pun sama gak. Anyway, doktor yang berwibawa akan menasihati pesakitnya untuk makan makanan yang seimbang, jangan banyak makan makanan proses, dan menggalakkan pesakitnya untuk bersenam dan tidur yang cukup... bukan suruh telan pil hari-hari.

Okeh! Cukup sampai di situ - aku dah diskus topik ini dekat setahun lepas di entry Makanan Kesihatan? Jangan Suka Kena Kelentong. Jenuh la weh kalau aku nak kena cite balik.

Sejarah Vitamin B17

Amygdalin ("Vitamin" B17) pertama kali diisolasi pada tahun 1830 oleh 2 ahli kimia di Perancis. Laetrile pula adalah "trade-name" kepada "laevo-mandelonitrite-beta-glucoronoside", yang mana struktur kimianya berkait dengan amygdalin, dan sebatian tersebut boleh diekstrak daripada biji-benih aprikot dan banyak buah-buahan lain. Di dalam industri scam makanan kesihatan, amygdalin dan laetrile merujuk kepada benda yang sama. Di dalam kehadiran enzim tertentu, amygdalin akan terurai kepada glukos, benzaldehyde dan hydrogen cyanide (yang sangat toksik). Ianya dikaji sebagai ubat anti-kanser di Jerman pada tahun 1892, tetapi didapati tidak berkesan dan juga terlalu toksik untuk kegunaan manusia. Pada tahun 1950-an datanglah seorang barua scammer yang bernama Ernst T. Krebs, Sr., M.D. dan kemudiannya scam ini diteruskan oleh Ernst T. Krebs, Jr. (bapak bodek anak rintik) yang mempromosikan Laetrile sebagai rawatan alternatif untuk kanser, yang mana hanya mereka berdua sahaja yang sungguh-sungguh melakukan rawatan sebegini, sedangkan semua kajian yang dilakukan oleh pengkaji lain mendapati Laetrile itu tidak berkesan dan boleh membunuh pesakit yang dirawat. Sapa sebenarnya Krebs anak-beranak ni? 

Krebs, Sr. - Laetrile's "grandfather" - worked as a pharmacist before attending the San Francisco College of Physicians and Surgeons, from which he received his medical degree in 1903. During the influenza pandemic of 1918, he apparently became convinced that an old Indian remedy made from parsley was effective against the flu. He set up the Balsamea Company in San Francisco to market the remedy as Syrup Leptinol, which he claimed was effective against asthma, whooping cough, tuberculosis and pneumonia as well. During the early 1920s, supplies of Syrup Leptinol were seized by the FDA on charges that these claims were false and fraudulent. During the 1940s, Krebs, Sr., promoted Mutagen, an enzyme mixture containing chymotrypsin, which he claimed was effective against cancer. He and his son also patented and promoted "pangamic acid" (later called "vitamin B15"), which they claimed was effective against heart disease, cancer, and several other serious ailments. Krebs, Sr., died in 1970 at the age of 94. 
Ernst T. Krebs, Jr.  - Laetrile's "father"- has often been referred to as "Dr. Krebs" although he has no accredited doctoral degree. He attended Hahnemann Medical College in Philadelphia from 1938 to 1941, but was expelled after repeating his freshman year and failing his sophomore year. After taking courses in five different colleges and achieving low or failing grades in his science courses, he finally received a bachelor of arts degree from the University of Illinois in 1942. In 1973, after giving a 1-hour lecture on Laetrile, he obtained a "Doctor of Science" degree from American Christian College, a small, now-defunct Bible college in Tulsa, Oklahoma. The school, founded by evangelist Billy James Hargis, had no science department and lacked authority from Oklahoma to grant any doctoral degrees.

Bla bla bla... korang boleh baca artikel sepenuhnya di Quackwatch website. Sinopsis di akhir artikel:

Although the NCI (National Cancer Institute) mailing had not been designed to uncover negative case reports, 220 physicians submitted data on more than 1,000 patients who had received Laetrile without any beneficial response. In July 1980, the NCI undertook clinical trials of 178 cancer patients who received Laetrile, vitamins and enzymes at the Mayo Clinic and three other prominent cancer centers. The study included patients for whom no other treatment had been effective or for whom no proven treatment was known. All patients had tumor masses that could easily be measured, but most of the patients were in good physical condition. Since Laetrile proponents were unable to agree on the formula or testing protocol for Laetrile, NCI decided to use a preparation that corresponded to the substance distributed by the major Mexican supplier, American Biologics. The preparation was supplied by the NCI Pharmaceutical Resources Branch and verified by a variety of tests. The dosage of Laetrile was based on the published recommendations of Krebs, Jr., and the Bradford Foundation. The results of the trial were clear-cut. Not one patient was cured or even stabilized. The median survival rate was 4.8 months from the start of therapy, and in those still alive after seven months, tumor size had increased. This was the expected result for patients receiving no treatment at all. In addition, several patients experienced symptoms of cyanide toxicity or had blood levels of cyanide approaching the lethal range. An accompanying editorial concluded: "Laetrile has had its day in court. The evidence, beyond reasonable doubt, is that it doesn't benefit patients with advanced cancer, and there is no reason to believe that it would be any more effective in the earlier stages of the disease . . . The time has come to close the books".

Scam Amygdalin/Laetrile ini berlanjutan daripada tahun 60-an hingga ke 80-an, dan pelbagai isu timbul, baik dari segi perubatan, sehingga ke masalah sosial dan kewangan, dan seterusnya membawa isu tersebut mahkamah. Sapa-sapa yang rajin, anda dipersilakan untuk buat kajian sendiri. Topik ini bukan topik misteri, ianya "clear-cut" scam dan ianya memperlihatkan bagaimana ada sesetengah manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk buat duit, tak kesah kalau ada manusia lain yang dah kena kanser dan berharap adanya ubat penyembuh untuk mengatasi "death-sentence" yang mereka hadapi - demi prinsip "suka hati aku la nak buat apa, janji aku boleh jadi kaya". Familiar? Prinsip yang banyak diamalkan jugak oleh penganut MLM dan skim piramid sekarang di merata dunia. Janji boleh dapat duit - etika, "right and wrong", ilmu tarak, patriotism tarak... who cares? Janji aku boleh buat duit.

Okay anyway, meh aku tunjukkan capaian aku di PubMed tentang isu Amygdalin/Laetrile. Aku tahu ramai korang yang tak pasti sangat apa kepentingannya Pubmed ni, sejak aku sertakan abstrak-abstrak kajian perubatan di banyak entry sebelum ini. Ianya adalah rujukan dan abstrak kepada kajian-kajian sains perubatan dan biomedikal yang dikendalikan oleh The United States National Library of Medicine yang terletak di National Institute of Health, di Bethesda, Maryland. Database ini merangkumi:
1. MEDLINE (Medical Literature Analysis and Retrieval System Online) - yang merangkumi maklumat bibliografi daripada artikel-artikel journal sains yang merangkumi kajian perubatan, kejururawatan, farmasi, pergigian, perubatan veterinar, biologi, biokimia dan kesihatan awam).
2. Rujukan lama Index Medicus daripada tahun 1955, dan sebelumnya lagi. 
3. Rujukan journal yang tidak diindeks ke dalam Index Medicus, seperti journal Science, British Medical Journal dan Annals of Surgery.

Setakat 1 Disember 2011, PubMed mengandungi lebih daripada 21.3 juta rekod daripada lebih-kurang 5000 journal (publications) yang dikatalogkan penuh sejak tahun 1966, secara selektif sehingga tahun 1865, dan secara sangat selektif sehingga tahun 1809. Terdapat 12.3 juta artikel yang disenaraikan bersama abstraknya, dan 3.5 juta artikel penuh boleh dibaca secara percuma oleh sesiapa sahaja yang ada komputer dan boleh online... kalau IQ orang itu melebihi 75 dan pandai baca omputeh (walaupun sebenarnya, daripada 1995-2003, hanya 88% artikel adalah dalam bahasa Inggeris). Untuk sesuatu kajian atau laporan perubatan itu dimasukkan ke dalam PubMed, pemilihan dan penelitian akan dilakukan oleh sebuah panel - berdasarkan "scope" dan kualiti kajian - dan kajian-kajian merapu, tidak saintifik, yang ada penipuan dan sah-sah "low-quality" sudah pasti akan kena reject.

Kepentingan PubMed ini adalah sebagai rujukan yang penting kepada saintis dan pengkaji untuk mengamalkan apa yang dipanggil sebagai "EVIDENCE-BASED MEDICINE". Kalau takde bukti kajian tentang sesuatu topik/produk... jangan banyak cakep der. You get me? Rujukan-rujukan tersebut adalah sistematik dan telus, dan doktor dan pengkaji boleh merujuk kepada database tersebut untuk mencari dan membandingkan hasil kajian perubatan yang pernah dilakukan dan dilaporkan sebelum ini.

I know sometimes I find a dumbass who will dispute this PubMed thingy. Dah sememangnya secara am, kalau yang "argue" itu penganut MLM-SP, geng mat rempit dan minah klepet meleis, ustaz-ustaz scammers yang berpendapat ilmu sebegini adalah bawaan kapiaq/yahudi, serta makhluk-makhluk yang tak pass SPM atau yang tak sekolah langsung - sure, aku pun boleh kalah berdebat pasal kepentingan PubMed dalam isu-isu sains perubatan. Kengkadang "give-up" jugak... tapi pada korang yang boleh faham, mahu faham, dan ambik kesah pasal sains dan matematik dan lain-lain ilmu sejagat - sekurang-kurangnya aku harap ko boleh terima bahawa kalau kajian sains itu telah tercatat dalam database PubMed, bermakna ada pasukan pengkaji yang dah buat kajian, dah dapat hasil kajian, dan dah selesai buat laporan tentang isu kajian yang ada kaitan dengan topik yang dibincangkan. Kalau tarak - maknanya? Ah, you figure it out.

Berkenaan isu Amydalin/Laetrile/Vitamin B17, aku jumpa abstrak kajian di bawah:


Kajian di atas dilakukan pada 1984, yang ditulis oleh Irving J. Lerner, M.D. menerangkan tentang isu scam/quackery Laetrile yang berlaku di Amerika - dan menganalisa kenapa adanya scammer dan adanya pulanya permintaan di kalangan mereka yang dirundung malang yang menghidap kanser yang sanggup menerima rawatan yang diamalkan oleh mereka yang tiada kelayakan dan kenapa mereka percaya buta-buta kepada rawatan yang tiada bukti perubatan... whatsoever. Korang boleh download laporan ini di The Whys of Cancer Quackery.

Treatments for cancer is hardly a new phenomenon, but the explosion of the laetrile movement in the United States in the 1970s was wholly unprecedented. From its humble origins a s a largely regional promotion in California and Tijuana, Mexico, in the 1960s, at its peak in the mid- 1970s laetrile became a household word nationwide with an estimated 70,000 American users and millions of dollars in profits made by the key promoters. Most observers believed the movement began to decline by 1978, perhaps almost as sharply as it had grown only a few years earlier. Nevertheless, a variety of other quack remedies, many as direct outgrowths of the laetrile promotion, are in widespread use currently, and these and others surely will be on the scene for the foreseeable future. It would be relevant, then, using the laetrile experience as a guide, to consider the whys of cancer quackery: Why do some promote it and so many others adopt it? Why should we in the medical community care?


Yang di atas ini adalah abstrak kajian yang aku dah sebut tadi - kajian yang dilakukan di 4 buah pusat perubatan yang yang diakui antara yang terbaik di Amerika di bawah pengendalian National Cancer Institute (of America) yang membuktikan bahawa Laetrile itu adalah scam dan ianya boleh membantu pesakit kanser mati lebih awal. Uik! Mungkin itu tujuan utama motif scammers geng Krebs anak-beranak itu sebenarnya. Cara perubatan kelentongan mereka itu adalah kasi pesakit kanser mati lagi awal - settled perkara lebih cepat erk? Jadi, kalau emak ko sendiri yang kena kanser - dan ada mangkok-hayon yang promote produk Vitamin B17 kat dia, dan mak ko pun sungguh-sungguh makan benda produknya, dan ditakdirkan emak ko mati sekian-sekian haribulan... maknanya? Shitty... ain't it?


Laporan di atas adalah usaha pengkaji daripada University of Exeter and Plymouth di UK - di mana mereka mengumpulkan selagi ada laporan klinikal berkenaan Laetrile daripada seluruh dunia, tidak kira daripada journal dan penerbitan mana, dan tidak kira bahasa apa, dan apa-apa sahaja kajian daripada tahun 1951 lagi, dan hasil akhir kajian mereka mendapati bahawa tiada bukti dijumpai yang mengatakan bahawa rawatan yang menggunakan Laetrile adalah berkesan untuk merawat kanser, dan ianya TIDAK DISOKONG oleh data klinikal yang ada di seluruh dunia. Zero, yellek, nada, kosong.


Artikel ini pula yang dilaporkan di CA - Cancer Journal for Clinician, 1991, juga adalah satu lagi "review" tentang hasil penggunaan Laetrile dalam rawatan kanser, di mana rawatan sebegini adalah tidak berkesan (whatsoever), tanpa ada bukti klinikal yang bermakna. Laetrile tidak mengakibatkan pengurangan saiz ketumbuhan, dan tidak juga memanjangkan nyawa pesakit, dan tidak langsung pengurangkan penderitaan pesakit atau meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kanser. Ada pula beberapa laporan kajian yang melaporkan bahawa penggunaan Laetrile menyebabkan komplikasi keracunan yang amat serius sehingga boleh mengancam nyawa akibat daripada penggunaan jumlah Laetrile yang besar, melalui saranan pengamal perubatan alternatif/homeopathy. Dang!


Kat atas adalah statement NCI di Amerika tentang Laetrile - Info: Laetrile for Health Professional. Kalau nanti korang terjumpa salesman produk kejadah ni, korang sure akan terima alasan bahawa larangan penggunaan Latrile itu adalah konspirasi kerajaan Amerika dan FDA-nya untuk mengekang proponen dan pengamal rawatan alternatif/homeopathy daripada menggunakannya dalam rawatan kanser... sebab? Laetrile itu sangat berkesan, jadi ianya mengancam industri farmaseutikal di Amerika... eerrr... ha gitu-gitu bang, tak tipu punya... eerrr... ada konspirasi... eerrr. Sesetengah manusia ni, khasnya scammers meleis memang first class species hopeless. Elok kasi cyanide aje ye bang? Oh ya... cyanide-poisoning tu apa dong?


Cyanide-Poisoning

Keracunan cyanide berlaku apabila sel organisma (manusia, haiwan atau jugak si meleis) terdedah kepada sebatian yang mengandungi ion Cyanide (CN) yang larut dalam air. Ini merangkumi hydrogen cyanide, potassium cyanide, sodium cyanide dan lain-lain lagi. Cyanide akan menyebabkan terhentinya respirasi sel melalui inhibisi enzim Cytochrome-C Oxydase di dalam mitokondria. Ini akan menyebabkan gangguan penggunaan oksigen di dalam sel, di mana kepada manusia, ia akan menyebabkan koma, dan berlakunya sawan, apnea (berhenti bernafas) dan cardiac arrest (jantung berhenti). Dalam jumlah kecil, cyanide menyebabkan rasa lemah badan, pening, vertigo (rasa berpusing), rasa kompius (penganut MLM ramai gak yang kompius bang - kena cyanide ka?) dan rasa sesak nafas, sebelum koma dan cardiac arrest berlaku. Petunjuk klinikal adalah perubahan kulit pesakit yang berubah warna kepada warna PINK.

Pernah dengar kesah Jonestown? Ada la dulu pada tahun 1970-an satu geng ajaran sesat yang dipanggil sebagai Peoples Temples yang diketuai oleh si tok guru Jim Jones (research la sendiri, pegi check kat Wiki) yang akhirnya menyebabkan 909 mati katak kerana cyanide-poisoning. Kreatif sungguh... kreatif tak bertempat.


Pernah dengar Auschwitz? Pernah dengar Zyklon-B? Pernah dengar Adolf Hitler? Gambar kat bawah ni adalah hasil kerja kuncu-kuncu pakcik Hitler dengan bantuan gas cyanide:



Sekarang kita berbalik kepada produk ApriCON keluaran syarikat Bumiputra Farmas Health di bawah. Nama produknya pun sangat sesuai betul dengan scam-nya. ApriCON - kena CON aje la korang sekoq-sekoq scammers dan pengguna yang suicidal tu semua ha? Kena kelentong buta-buta, tapi bukan calang-calang punya kelentong pulak tu. Ini kelentongan tahap membunuh masyarakat dah neh. Dan apekehenye yeop pihak KKM boleh kasi kelulusan produk makanan kesihatan sebegini? Woi bang (yang kerja kat KKM, Putrajaya tu)... tido erk?


Okeh! Siapakah yang scammers yang tengah CON berduyun-duyun umat manusia dengan jualan produk suicidal neh? Tengok kat sini - Senarai Pengedar ApriCON. Notice anything? Meh aku kasi sedutan sket...

SENARAI PENGEDAR : En Irwan 010-4342263 Pn. Aida 010-4342269 Pn. Noor Fazlin 019-3499692 En. Mohd Noor 012-7697597 Nurul Hidayah 016-6605875 Pn Siti Patimah bt Abd Kadir 013-6689404 Pn Hasmah Bt Ismail 012-3504193 @ 03-91015944 En Zaki 013-3366701 @ 03-87241425 Farmasi Materia Medica 03-8922 1355 Farmasi Najah 03-89275052 Farmasi Allcare Pharmahealth 03-89258420 En Mohd Noor 012-7697597 Pn. Noormah 016-3959329 Farmasi Penawar 03-31814263 En Zain 019-2016181 @ 019-3234354 Mohd Hafiz Ridha 019-6049603 Fatin 019-7396369 Rohani Mat Amin 012-3065490 En Mohd Noor 012-7697597 Noormah 016-3959329 Mohd Tarmizi Bin Mohamad Harun 019-2865012 @ 03-61874827  Farmasi Addin Iqram 013-3885990... on and on and on and on... dan tak lupa jugak farmasi-farmasi: Farmasi Materia Medica 03-7847 5076 D`Apotic Pharmacy 07-224 6832 Farmasi Q Pharma (PPUM) 03-7957 5741 UKM K-Health (PPUKM) 03-9173 9357 Farmasi MediPoint 03-87363649 Farmasi Anis 03-89410089 Farmasi Medivita 06-6797144 Farmasi Nurul Rx 06-8501231 Farmasi Najah 03-89275052 Farmasi Ikhlas 013-5871 1291 @ 03-6189 2077 Farmasi Iqram 013-3965992 Farmasi Samudera Timur 03-61897535 Farmasi Anis 03-61405692 Farmasi Hata Square 03-49265406 Kedai Sihat (Hospital Sultan Ismail) 019-7354420 Farmasi Aktif 019-6652600 @ 06-3853121... On and on and on and on and on..... 

NOTICED ANYTHING WEIRD?
All the distributors and sales-persons are MALAYS and all the intended customers are likely to be MALAYS too... Ain't it? Meaning? 
INI KES GENG REMPIT MELAYU MAHU KASI BUNUH SESAMA ORANG MELAYU BERAMAI-RAMAI NI BEB!

Ada lagik produk lain di Malaya yang promote VitaminB17 ni:

Dan tak lupa juga produk orang tua nyanyok si scammer tersohor dalam usaha murninya untuk membunuh anak-anak korang:


And some people wonder, why is Aidid Mu'addib is soooo against Malays doing business? Sheeeeesshh! I'm trying to save your money and trying to save some lives you idiot! You scammers don't like it? You can suck my...

special gift from aidid :P


 
credit to:http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/12/apricon-scam-vitamin.html

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...