Teknologi pengecasan tanpa wayar kini mulai
digunakan oleh Google. Nokia memperkenalkan pengecasan tanpa wayar
untuk dua peranti terbaru mereka – Nokia Lumia 920 dan Nokia Lumia 820.
Kini Google mengikut jejak langkah Nokia dengan memperkenalkan Nexus
Wireless Charging Pad – peranti khas yang menggunakan teknologi
pengecasan tanpa wayar untuk produk-produk di bawah barisan jenama
Nexus. Gambar peranti pengecasan tanpa wayar untuk telefon pintar LG
Nexus 4 mulai tersebar di internet.
Rupa reka bentuk peranti pengecas
itu sama seperti yang Anda lihat dalam gambar di atas walau begitu kami
masih sangsi kerana ia bukan diperkenalkan oleh Google sebaliknya
disebarkan
oleh peminat Nexus. Sekali imbas rupanya menyamai Nexus Q. Cara
pengecasan amat mudah – hanya dengan meletak peranti di atas Nexus
Wireless Charging Pad. Kemungkinan besar peranti pengecasan tanpa wayar
ini akan diperkenalkan dalam sidang media rasmi Google pada 30 Oktober
2012 nanti. Masih belum ada pengesahan sama ada pengecas Nexus
benar-benar akan digunakan atau tidak. Yang tak bestnya, jika Anda
berpergian ke mana-mana, Anda terpaksa membawa sekali peranti pengecas
tanpa wayar ini yang saiznya lebih besar dari
charger biasa. Lebih sesuai guna di rumah atau di pejabat sahaja.
No comments:
Post a Comment