Mulakan dengan.....

Mulakan dengan.....

Monday 21 January 2013

Telefon Merangkap Permainan Komputer Mudah Alih Nokia

Nokia N-Gage ialah percubaan gagal Nokia pada tahun 2003 untuk meghasilkan telefon merangkap sebuah permainan komputer mudah alih. Rekaan NGage yang kurang ergonomik menjadi bahan ketawa dunia dan N-Gage dihentikan pengeluarannya pada tahun 2004

Nokia kini menghasilkan telefon Windows Phone 8 di bawah nama Lumia. Apakah akan terjadi sekiranya kuasa Windows Phone 8 digunakan untuk menghidupkan semula Ngage. Hasilnya ialah Nokia Play, sebuah konsep yang direka oleh Antônio Lucas Celestino da Silva. Game hub Xbox yang terbina dalam setiap peranti Windows Phone kini lebih bermakna dengan telefon yang boleh berubah menjadi permainan komputer mudah alih. Tubuh Nokia Play boleh diubah bagi memperlihatkan butang kawalan fizikal. Konsep ini nampak menarik tetapi kami rasakan mungkin akan gagal juga seperti Xperia Go yang diperkasakan Android tidak lama dahulu. Bateri cepat drain bro!

Gelanggang LED Untuk Gimnasium Masa Hadapan

5 Gelangang Dalam 1

Jika anda pergi ke sebuah gimnasium anda pasti perasan terdapat banyak garisan putih yang menandakan ruang permainan pelbagai sukan. Di Malaysia adalah bias untuk melihat garisan untuk gelanggang badminton, sepak takraw, bola keranjang dan bola tampar di dalam gimnasium. Kerap kali ini mengakibatkan kekeliruan kepada pemain kerana garisan untuk gelanggang badminton bertindan dengan gelanggang bola tampar. Apakah penyelesaian yang ada sekarang untuk masalah ini?

ASB Glass sebuah syarikat yang berpengkalan di Berlin Jerman merasakan pada masa hadapan gelanggang berlantaikan LED ialah jawapannya. Garisan gelanggang pada lantai gimnasium boleh diubah mengikut keperluan dan dikawal sepenuhnya dengan menggunakan komputer. Yang menarik tentang sistem lantai LED ASB Glass ialah fleksibel. Mahu separuh gelanggang bola keranjang dan separuh lagi memaparkan gelanggang badminton? Tiada masalah kerana konfigurasi lantai boleh diubah hanya dengan menekan butang komputer.

Ini sangat cool dan akan membuatkan kita semua terasa seperti di dalam alam Tron.




La Distributrice : Kafe Kopi Comel Di Kanada

La Distributrice ialah kedai kop yang dibuka di bawah sebuah  tangga di bandar Montreal Kanada. Kedai kopi ini hanya menjual 3 jenis kopi iaitu American, Expresso dan Latte. Ia merupakan kedai kopi terkecil di Amerika Utara. Cool idea.




Laporan asal Die Line

Papan Tanda Menyambut Kedatangan Dato Seri Najib Paling Power Di Kelantan

Kelate meme power! Hebak.............Papan tanda menyambut kedatangan Najib Razak ke Kota Bharu hari ini. Pwnage



Pengecas Telefon Pintar Berbentuk Robot Android

Peranti Android kini mendominasi dunia peranti pintar. Dunia kini dikuasai Android dan kami sendiri menggunakan telefon pintar Android untuk kegunaan harian. Sekiranya anda seorang Androidfag seperti kami, pengecas USB Andru berbentuk Android di bawah pasti menarik mainat anda. Ianya terdapat dalam 3 warna iaitu hijau, hitam dan putih. Apabila beroperasi mata robot akan menyala. Ianya dijual pada harga USD 25 (RM 75) sebuah. Mahal tetapi cool beans!



Wednesday 9 January 2013

kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz

Sunday, 10 July 2011 16:24
Terima Sms Dari Iblis
Dalam tahun 2008, saya pernah mengubati seorang pesakit. Di dalam coretan ini saya namakan sebagai Pesakit A. Pesakit A sudah berumahtangga. Pesakit A ini telah lama menghidapi penyakit misteri, di mana kadang kala datang beberapa ekor iblis yang akan masuk ke dalam badan Pesakit A ini dan menguasai diri pesakit. Semasa iblis menguasai pesakit itu, dia tidak akan sedar tetapi pesakit itu boleh membuat kerja seharian seperti memandu kereta, bertugas di tempat kerja, menjaga anak di rumah, bercakap di talipon dan sebagainya termasuklah menghantar dan membalas SMS. Iblis yang memasuki badan Pesakit A boleh membuat semua kerja-kerja harian pesakit itu tapi pesakit itu tidak menyedarinya. Sukar untuk dipercayai tapi ia boleh berlaku.

Tuesday 8 January 2013

Potral Informasi banjir

musim-musim tengkujuh tak habis lagi...portal yang sering menjadi rujukan rakyat jelata adalah portal banjir..terutama mereka yang berada di pantain timur semenanjung Malaya...kepada yang nak tau maklumat lanjut boleh layari web rasmi banjir klik sini


cara merawat penyakit gastrik

Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus di ganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut. Jadi, apakata jika anda mencuba petua 8 cara merawat gastrik ini.
8 cara merawat gastrik 8 cara merawat penyakit gastrik

Petua Menangani Masalah Angin Medu / uluran


1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.

Petua hilangkan sengugut

Senggugut..? Senggugut sangat sinonim dengan wanita. Ada wanita yg pernah merasai kesakitan akibat senggugut dan ada sesetengahnya langsung tak pernah mengalami atau merasainya..Untungkah mereka..? Untung la sebab tak merasa sakit seperti yg pernah mengalaminya. Ada sesetengah senggugut tu boleh memudaratkan. Misalannya, ia berterusan sehingga satu atau dua hari. Dan ada yg terpaksa ponteng kerja/kuliah/kelas sebab tak tahan menanggung sakit akibat dari senggugut. 

Sunday 6 January 2013

Petua Merawat buasir

Salam pagi...Petua kali ini petua merawat buasir dan dubur terkeluar. Petua ini bukan hanya cakap-cakap orang tua.Tetapi ada kebenaran disebalik khasiat majakani yang digunakan untuk merawat penyakit seperti buasir dan dubur terkeluar.

Dubur terkeluar biasanya berlaku apabila seseorang itu mengalami penyakit buasir tahap hampir kronik , dan pernah juga dialami oleh wanita yang melahirkan anak.Kisah bernar ini pernah berlaku pada seorang anak jiran aku namanya bedah (bukan nama sebenar) yang baru-baru ini telah melahirkan anak keduanya.Tak pasti dimana silapnya dia meneran sehingga dubur terkeluar (terasa seperti buang air besar). Doktor pulak pesan "takpe nanti datang kehospital balik selepas jahitan kering" nak buat ape pun tak boleh sebab dia baru melahirkan anak , luka pun tak kering lagi. Bayangkan bedah terpaksa menanggung kesakitan dan rasa kurang selesa beberapa hari atau mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.

Senarai Penaja The Red Warrior 2013

Antara senarai Penaja Pasukan Kelantan 2013 adalah :
  1. Hotlink
  2. AzizanOsman.com
  3. Sinar Harian
  4. Tresenergy
  5. Muda Osman
  6. MAMEE
  7. Desa Murni Batik
  8. Purery Spring
  9. Red Bull
  10. Keropok Sira Cap Menara

Hotlink
Redbull



AzizanOsman.com


Sinar Harian



Pure're Spirits



MAMEE

Desa Murni Batik
 
Keropok Sira cap menara


Tre'senergy
                    


Syarikat Muda Osman

Pelancancaran Jersi Rasmi Kelantan FA

JERSI KELANTAN 2013 DILANCARKAN | Pastinya penyokong mati keras (Die Hard Fan) The Red Warriors ternanti-nantikan untuk memiliki kit jersi terbaru Kelantan 2013.
Pada hari semalam (Khamis), Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama sebahagian pemain dan penaja pada Majlis Pelancaran Jersi dan Barangan Rasmi The Red Warriors serta Pengumuman Penaja musim 2013.
Semoga tahun 2013 akan membawa tuah buat pasukan Kelantan dalam mengharungi cabaran Liga Malaysia yang bakal bermula kelak. Gomo Klate Gomo!!!ni merupakan jersi rasmi untuk pasukan Kelantan FA bagi musim 2013/2014.ada yang cakap tak menarik kerana terlalu banyak logo daripada penaja, macam papan iklan katanya..hikhikhik
alahh dulu pun orang cakap jersi Kelantan tak menarik jugak tapi sana sani orang pakai..huhu...comel dooh doh tuh,

Khairul Fahmi, Daudsu, Lek Kcira, Nik Shahrul Azim dan Zairul Fitree Ishak menggayakan jersi The Red Warriors 2013 pada Majlis Pelancaran Jersi dan Barangan Rasmi Pasukan serta pengumuman penaja yang berlangsung di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu

Saturday 5 January 2013

Ubuntu Mobile : SIstem Operasi Mobil Berasaskan Ubuntu

Sistem operasi Android and IOS kini adalah raja sistem operasi mobil dunia. Kami di Blogserius menggunakan kedua-dua sistem operasi ini setiap hari. Selain Android dan IOS, terdapat juga sistem operasi Windows Phone 8, BB10, Symbian dan Tizen. Kesemua sistem operasi ini menawarkan antara muka berbeza dengan kelebihan masing-masing. Ubuntu, pembangun sistem operasi PC terbuka dunia tidak mahu ketinggalan dan mereka mengumumkan sistem operasi Ubuntu Mobile. Di CES 2013 yang akan datang mereka akan secara rasminya memperlihatkan telefon pintar pertama mereka dan kami agak teruja. Antaramukanya kemas dan cantik. Persoalan kami adalah adakah Ubuntu Mobile boleh berjaya di dalam pasaran sistem operasi mobil pintar yang semakin sesak? Nantikan sahaja apa akan berlaku!



Laporan asal CraveNet

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

 Ø¨ِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 



Wednesday 2 January 2013

KESIAN!... Melayu Telah Di Bangangkan Sejak Sekian Lama !!! ::

Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.

Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih canggih daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris. Dan Melayu di zaman Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi Melayu telah dibangangkan bahawa Melayu ini mundur, tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...